Faraiyz's
Fanfic Da Bestt!!!
Monday, 12 August 2013 • 07:36 • 3 comments
Asssalamualaikum semua,,,
perghh,,da lame x update blog kan??   Hmmmm..macam malas sangat nak type2 ni,,nak bercerita2 ni,,
Sebenarnye banyak je mende  yang happened,,banyaaaaaaaaaakkkkkkkkk sangattt,,,HAHAHAHA
Ok,,,kali ni ak tanak bercerita pasal raya sebab raya ak tahun ni macam hambar sikit,,,HAHAHAHA
Kali ni ak nak post fanfic yang kawan aku buat tuk ak,,hehehehe,,,,dy kate ni fanfic  paling panjang and paling daebak dy pernah buat,Nama dy WAFA  ATIQAH,,,heheh,,terasa special gitu,,hahah,,tapi serius mmg DAEBAKK!!!hahah....ak malas nak membebel bebanyak,,,SORRY sebab banyak mistake in typing or ape2 ke sebab ak malas and x de mase nak edit,,hehhehehe,Mempersembahkan,,,,eh jap2,,ak post 10 chapter first dulu,,sebab agak busy nak post,,dikelilingi test dan quiz bagai,,hahahah,,,,,ok,,,enjoy la korang -The Promise-




                                                          THE PROMISE  ( 1-10 )
                                                         

Fara- kim hyunji
Wafa- lee eunhae

“Oppa!” , jerit fara, dan terus melompat ke belakang badan siwon yang sedang belajar di biliknya. Siwon terus memandang fara dan mencium dahi serta mengusap rambut fara. “ owh, fara rupanya”, kata siwon sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. siwon memakai cermin matanya, kerana memang lazimnya, siwon akan memakai cermin mata ketika belajar. Fara mencium pipi siwon. Muka siwon menjadi merah kerana terkejut dengan perbuatan fara. “oppa hensemlah pakai spec! fara suka style oppa yang macam ini!”, kata fara riang. muka siwon semakin merah dan dia menggosok belakang lehernya kerana malu menerima pujian fara. Walaupun fara masih berumur 13 tahun, namun dia tidak memandang fara seperti budak perempuan yang lain.siwon akan rasa lain bila bersama fara. Baginya, dia akan berasa nervous setiap kali berhadapan dengan fara. Dan dia rasa, dia sudah jatuh hati kepada fara.

 “oppa~ oppa~ oppa!”, jerit fara setelah panggilannya langsung tidak dilayan siwon. “ah! Sorry fara. Oppa mengelamun sekejap. Haha”, balas siwon. “wah! Rajinnya oppa study! Daebak lah! Hehe”, kata fara apabila dilihatnya banyak buku di atas meja siwon. “ owh, mestilah! Oppa kena rajin belajar supaya oppa jadi orang Berjaya”, balas siwon sambil mengusap rambut fara. Siwon memang amat suka mengusap rambut fara, seperti sudah menjadi hobinya. “oppa,…. Oppa nak pergi oversea ke?”, Tanya fara perlahan dan matanya sudah mula berair. “fara!!!!! Dah senja ni! Balik!!!”, belum sempat siwon membalas pertanyaannya, kendengaran ibu fara memanggilnya. Fara terus meninggalkan siwon yang terkaku di situ. Siwon rasa amat bersalah kerana telah menyebabkan fara menangis.

Fara dan siwon hidup berjiran sejak mereka lahir lagi. Jadi, mereka memang membesar bersama. Tambahan lagi, masing-masing merupakan anak tunggal. Jadi, mereka sentiasa bersama jika parents masing-masing sibuk bekerja. Siwon juga amat mengenali fara dari tarikh lahir hingga makanan kegemarannya, segala-galanyalah.



“fara! Fara!”, laung ibu fara. “ya,ibu!”, balas fara. “cepat sikit siap tu. Siwon dah tunggu kat luar tu. Nanti terlambat pula”, jerit ibu fara lagi. “jap, ibu. Sabar. Fara dah nak siap lah ni!”, balas fara, yang baru sahaja selesai mandi sebenarnya. Ini gara-gara menonton drama hingga larut malam semalam. Dia terlupa yang keesokkan harinya adalah hari sekolah. “ni lah fara, lain kali jangan tengok drama sampai larut malam. Tengok lah mata aku ni. Haish. Ni semua sebab siwon oppa!”, kata fara sambil memerhati keadaan  matanya di hadapan cermin. Memang sudah menjadi rutin fara, setiap kali dia bersedih, dia akan menonton drama yang sedih hingga menangis.
 Kendengaran bunyi tangga bergegar.” Hey, fara! Kau nak runtuhkan rumah kita ke?”, Tanya ibu. “ sorry, ibu! Fara dah lambat sangat ni”, balas fara seperti tidak cukup nafas.dia hanya tunduk sahaja kerana tidak mahu ibunya perasan keadaan matanya itu. “breakfast?”, Tanya ibu. “tak apalah. Fara boleh breakfast angin. Haha”, katanya sambil menyarung kasut sekolahnya. “ok ibu. Fara pergi dulu. Anyeong!”, kata fara riang  walaupun sebenarnya dia rasa macam nak pengsan je, hidup kelam-kabut macam ni.  “ish! Budak ni. Macam-macam”, omel ibu sendirian. “huish~ nasib baik ibu tak perasan”, kata fara lega.
“hah! Muncul pun puteri fara kita ni!”, kata siwon riang. namun, fara tidak mengendahkannya, dan terus berjalan meninggalkan siwon.  “fara! Tunggulah oppa jap!”, jerit siwon dari belakang. Siwon berlari mendapatkan fara. “finally!”, siwon berdiri di hadapan fara dan memegang bahunya setelah berjaya mendapatkan fara. “fa…………….rra”, siwon tak dapat meneruskan kata-katanya setelah melihat keadaan fara. Fara pula berasa pelik kenapa siwon jadi senyap dan kaku. “alamak! Takkan dia dah perasan.tak boleh! Tak boleh! “, fikir fara. Tiba-tiba siwon mencium pipi fara. Mata fara membulat kerana terkejut. “oppa minta maaf pasal semalam”,luah siwon. “oppa”, balas fara perlahan. “dah. Jom pergi sekolah. Oppa kena hantar fara dulu pula tu”, kata siwon. Mereka pon berjalan. Fara masih tidak puas hati, lalu dia bertanya, “oppa~”. “hmmm..”, balas siwon tanpa memandang fara dan terus berjalan. “ oppa tak perasan apa-apa ke kat fara?”, Tanya fara. “ape?”,Tanya siwon yang berpura-pura tidak faham. “ hmm. Tak ada apa-apalah’, balas fara perlahan sambil memuncungkan mulutnya tanda tak puas hati. Siwon sempat menjeling ke arah fara, dan tersenyum melihat wajah murung fara yang baginya comel.
Tiba di sekolah fara..
“fara masuk dulu”,kata fara perlahan dengan kepalanya tertunduk. Tiba-tiba,” lain kali jangan tengok drama sedih sampai lewat malam! Sembam dah mata tu! Da jadi macam panda kat zoo!”, jerit siwon. Setelah mendengar kata-kata siwon itu, fara terus berlari sambil tertunduk menutup mukanya kerana malu. Pelajar  lain juga turut memerhatinya. “ haish! Ingat tak perasan. Tak payahlah cakap kuat-kuat”, omel fara sendirian.
sepanjang perjalanan ke kelas, fara hanya tunduk sahaja. Semua orang yang lalu-lalang memandang pelik terhadap fara. “ni yang susah jadi orang hot ni. Hish”, katanya sendirian. Tiba di depan kelas, sebelum sempat dia hendak buka pintu, tiba-tiba pintu sudah terbuka, membuatkan fara terjatuh. Mukanya menyembah lantai. “siapa punya pasal ini?!”, katanya geram dalam hati. “eh, fara! Mian mian. Meh aku tolong”. Fara amat mengenali suara itu. Suara kawan baiknya, wafa. Wafa memang clumsy sikit dan riang selalu. Susah nak tengok dia sedih.fara menyambut huluran tangan wafa. “ouch. Sakit kau tau tak?!’, marah fara. “bukan salah aku~ haha. Kau ni dah macam hantu aku tengok. Tau lah rambut panjang. Tak payahlah nak tutup muka sampai macam itu sekali’, kata wafa. Fara tak mengendahkannya, dan terus menuju ke tempat duduknya. Wafa terus berlari menuju ke tempat duduk mereka, tak sabar nak dengar gosip. Mereka duduk bersebelahan di kelas.
“ha! Cerita, ceritalah~”, kata wafa yang tak sabar kepada fara yang sedang meletakkan beg dan membetulkan posisi duduk seperti sudah bersedia untuk menjalani kelas pada hari itu. “nah, tengok!”, kata fara dan terus memalingkan mukanya kepada wafa. Wafa terkejut. “ahhhh!!!! Apa ni?! Serius hantu ko ni. Or nak comel sikit, macam panda.. haha”, kata wafa. “kau ni sama je macam mr.horse tu”, kata fara perlahan. “ha? Ape kau cakap? Eh~ mr horse ek?”, kata wafa sambil mencucuk-cucuk tangan fara. “hish, ko ni! Stop gedik!”, kata fara. “eh, sorry sikit, aku tak gedik~”, kata wafa. “wei, ceritalah!”, rayu wafa. Tiba-tiba mr shindong masuk. Subjek sejarah.
Sepanjang sesi pembelajaran subjek sejarah, pasti semua pelajar akan mengantuk walaupun pemilik suara yang mengajar itu merdu macam mana pun. Oleh itu, wafa mengambil kesempatan untuk bergosip dengan fara yang sedang ` khusyuk’ belajar. Wafa menulis di dalam kertas, apa yang ingin ditanyanya dan dipaskan ke fara. Nasib baik duduk sebelah sahaja. Mula-mula, fara malas nak melayan,namun lama-lama mereka rancak bergosip di atas kertas itu. Tiba-tiba, “fara! Wafa!”, fara dan wafa terkejut apabila mr shindong memanggil nama mereka.pelajar lain yang lena tidur juga terkejut. Fara dan wafa membeku macam ais. “ macam menarik je. Share lah dengan saya dan rakan sekelas kamu sekali”, kata mr shindong sambil berjalan menuju ke tempat duduk mereka. “habislah! Habislah!”,kata fara dalam hati sambil memejamkan matanya. “aha! Kamu semua nak dengar cerita sejarah mereka? Mari saya baca. Haha”, kata mr shindong. Mata fara membulat kerana terkejut. Pelajar lain juga turut memberikan perhatian. “ehem.ehem. ok saya mula.
-wei! Cepatlah cerita!
-dari mana?
-ok. Kenapa mata ko cun sangat hari ini? Haha
-tak payah nak perli sangat lah kan -.-‘ aku tengok drama sampai 3 pagi semalam
-drama sedih ke happy?
-sedih
-eh~ aku tau. Sebab mr horse kan?
-ye.
-kenapa?
-katenya nak pergi oversea
“wah! Menarik betul nukilan sejarah kamu ni. Kuda kamu nak dihantar ke oversea ke? Haha”, kata mr shindong setelah selesai membaca surat tersebut. Pelajar lain juga tergelak mendengar komen mr shindong. “dah semua! Stop gelak! Belajar. Ha! Kamu berdua, lain kali jangan buat lagi”, nasihat mr shindong. Tiba-tiba loceng berbunyi. Menandakan waktu sejarah dah habis. “aik!dah habis kelas? baiklah para student ku. Baca sejarah tu! Tak payah nak sibuk pasal binatang peliharaan kamu nak pergi oversea ke beranak ke, ye? Baiklah, saya keluar dulu. Terima kasih.”, kata mr shindong lalu keluar dari kelas.
Pelajar lain semua tergelak mendengar kata-kata mr shindong itu. Sememangnya, mr shindong seorang guru yang kelakar dan sporting, tapi ada masanya. Wafa juga turut tergelak. “haish! Ko tak payah gelak! Ni semua salah ko.”, marah fara kepada wafa. “ sorry la. Nasib baik kita tak gosip lagi panjang. Kalau tak, habis kau. Haha”, kata wafa. “ bukan aku yang habis! Kau yang aku bakar!”, marah fara. “fara! Kuda kau bila nak pergi oversea?”, perli baekhyun dan rakan-rakanya yang di belakang. Fara buat tak layan sahaja. “tak baiklah kai!”, kendengaran suho memarahi baekhyun sambil mengetuk kepalanya.
“okay, para pelajar! Peperiksaan akhir sekolah tinggi kamu tinggal sebulan sahaja lagi. Peperiksaan ini menentukan kamu akan masuk universiti mana. Oleh itu, saya harap kamu semua berusaha dan jawab peperiksaan sebaik mungkin. Baiklah, saya keluar dulu. Terima kasih.”, kata mr kangta, guru kelas siwon.

Siwon termenung sebentar teringatkan fara. “hey bro! kau kenapa termenung jauh ni?”, Tanya donghae, kawan baiknya.mereka duduk bersebelahan. “kau ni nak sambung belajar kat mana?”, Tanya donghae lagi. “ aku tak fikir lagi lah.”, jawab siwon perlahan. “ apa ni bro?! ko confirm pergi oversea! Cikgu-cikgu semua pon fikir macam itu. Sebab ko kan harapan sekolah and best student”, kata donghae, sambil menepuk belakang siwon. “kita sambung belajar sama-sama nak tak? Aku pon pandai juga! Haha”, kata donghae dengan bangganya. “ye lah”, balas siwon.

Waktu rehat..
Siwon masih masam. Donghae sudah penat melihat kawannya macam itu. Tiba-tiba, dia ada idea bagaimana nak naikkan mood siwon. “siwon”, panggil donghae selepas menyedut jus oren. “hmm..”, balas siwon. “kau nak tahu satu cerita tak?”, kata dongahe. Siwon pandang donghae pelik. “eh~ kau jangan fikir lelaki macam aku tak ada gosip~ huhu”, kata donghae. “apa dia?”, Tanya siwon dan dia mula memberikan perhatian kepada apa yang cuba disampaikan donghae. “hey, relax lah bro! tak payah nak serius sangat lah. Aku nak cerita lah ni. Minum air tu dulu”, kata donghae lagi. “ kau tau tak yang fara sukakan kau?”, siwon terus tersedak mendengar kata-kata donghae itu. “relax bro!”, kata donghae sambil menepuk belakang siwon. “mana kau tau?”, Tanya siwon. “hmmmm… adik aku, wafa. Dia kan bestfriend fara. Tapi kan bro, ni sebenarnya rahsia fara. Dia suruh adik aku jangan beritahu sesiapa. Tapi dia beritahu sebab kau kan kawan aku. Patutnya, aku pon tak boleh beritahu kau. Haha. So, kau pon kena simpan rahsia ini”, terang donghae panjang lebar. “ korang ni sama je adik-beradik”, kata siwon sambil menggeleng kepalanya. “at least,  kitorang tolong korang! Tak adalah korang masing-masing bertepuk sebelah tangan je. Kau pon suka fara kan sebenarnya? Tak payah nak sorok dari aku lah~ aku dah lama kenal kau. Pandangan kau kat fara berbeza berbanding kat perempuan lain”, kata donghae. “tapi kan bro! aku rasa dia anggap aku macam abang je. Kau jangan beritahu adik ko pulak yang aku suka fara. Aku nak confess sendiri”, kata siwon yakin. “cayalah bro! macam ini lah kawan aku. Daebak!”.

Hari ahad. Fara rasa bosan. Lalu dia membuat keputusan nak ajak siwon keluar. Dia text siwon.
To: siwon oppa
From : fara
Oppa bz ke?

Siwon yang sedang khusyuk study terkejut apabila terdengar handphonenya berbunyi. Dia tersenyum apabila ternampak fara hantar mesej kepadanya.


To: little fara
From: siwon oppa
Fara, sorry! Oppa tak dapat teman fara sampai lah oppa selesai exam. Sorry

Fara yang sedang baring di atas katil terus terduduk apabila mesejnya sudah dibalas siwon. Dia tersenyum. Namun senyumannya hilang apabila dia membaca mesej tersebut.
To: siwon oppa
From: fara
It’s okay oppa =) study elok-elok ye. Nanti lepas habis exam kite have fun puas-puas. Ppyong oppa!

Siwon tersenyum membaca mesej fara. Dia gembira fara memahaminya. At least, dia tak berasa bersalah.
To: little fara
From: siwon oppa
Thanks for understanding =) love u!

Fara membaca mesej siwon. “love u? oppa confess ke? Uh, maybe just say it. Dia hanya anggap aku as adik je kan. Okay”, kata fara sendirian.
Pada masa yang sama, siwon harap fara faham apa yang cuba disampaikannya.
Kemudian, dia membuat keputusan untuk mengajak wafa keluar. Dia mesej wafa.
To: wafa
From: fara
Wei, jom keluar! Aku bosan ni.

To:fara
From: wafa
Jap. Aku Tanya abang kesayangan aku dulu. Parents aku tak ada kat rumah ni.

To: wafa
From: fara
So?

To: fara
From: wafa
Donghae oppa kasi! Dia kasi duit sekali. Suruh shopping je senang. Haha

To:wafa
From: fara
Daebaklah abang kau! Nak jumpa kat mana ni?

To:fara
From: wafa
Aku datang rumah kau. Oppa kata dia hantar ke mall terus. Dia risaukan adik kesayangannye ni. Huhu. Tapi balik sendiri.


To: wafa
From: fara
He’eleh~ sama je -.-‘ okay. Aku tunggu

Fara terus pergi ke almari bajunya. Dia memilih jeans n tshirt hoodie warna pink. Dia malas nak fikir panjang-panjang nak kena pakai baju apa. “Just be simple”, katanya. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi hon kereta di hadapan rumah. Wafa dah sampai. Fara juga sudah meminta kebenaran ibunya. “ fara, jangan balik lewat sangat ye.”, kata ibunya. “baik ibu”, balas fara.fara terus berlari keluar menuju ke kereta donghae.
“wah, abang kau boleh keluar. Aku ajak siwon oppa, dia tak nak pon”, kata fara sambil memuncungkan bibirnya. “ fara kena faham. Siwon nak study. Exam dah nak dekat. Oppa pon tengah busy study ni. Just nak hantar adik kesayangan oppa ni keluar”, kata donghae sambil mengusap rambut wafa. “ hish! Jelesnya ada abang”, kata fara. “tak apalah. Ko kan ada siwon op…….”, wafa terus menutup mulutnya kerana terlepas cakap walaupun donghae dah tahu. Mereka hanya berlakon berpura-pura tidak tahu. Fara pula telah memberi pandangan maut kepada wafa.
Tiba di mall. Mereka keluar dari kereta. “wafa. Hati-hati tau. Fara sekali. Bye”, kata donghae. Keretanya meninggalkan mereka. Fara memandang wafa dari atas ke bawah. Matanya membesar.” Kau ni, kenapa pakai short dress ni?! OMG!”, Kata fara. “ape? Ni? Aku kan perempuan”, balas wafa selamba. Wafa memakai dress pendek bercorak flora. “donghae oppa yang belikan dress ni. Haha”, kata wafa.” Sayang betul oppa kau kat kau”, kata fara jeles. “ mestilah”, balas wafa gembira.
Mereka berjalan-jalan di mall. “fara, sebenarnya aku malas nak shopping la~’, kata wafa tiba-tiba. “kau fikir aku nak? Jom buat benda lain. Main kat arcade jom!”, ajak fara. “jom!”, balas wafa.mereka bermain-main sepuas-puasnya sehingga letih. Kemudian mereka sambung berjalan keluar dari mall tersebut.
Semasa berjalan, tiba- tiba ada orang sepak tin kosong dan berhenti betul-betul depan sneakers fara. Fara memandang ke arah orang yang menyepak tin tersebut. Grup exo di hadapan mereka. Classmates mereka. Walaupun mereka sekelas, tapi mereka tak pernah bertegur sapa. Bagi fara, dia tak perlu kawan dengan mereka pon kerana akan mendapat susah. Exo ni merupakan kingkas di sekolah mereka kerana rupa paras mereka yang kacak seperti flower boy. Exo ni bermaksud extraordinary.’ Kononnyalah’, bagi fara. Mereka masing-masing berdiri bertentangan tanpa buat apa-apa.
Lalu, fara memulakan bicara. “ wei, korang! Tin kosong ni buanglah. Tak payah sepak-sepak!”, marah fara. Wafa pula tersenyum sambil mengusap belakang fara supaya bersabar. “eh, perempuan ni! Sabar lah!”, marah baekhyun. “ sabar baekhyun. Jangan mengamuk”, pujuk d.o. mereka pon mula bergaduh di tepi jalan. Puas wafa memujuk fara supaya berhenti, begitu juga grup exo sibuk memujuk baekhyun. Sehun yang sudah malas melayan mereka pon, mengutip tin tersebut. “ daripada gaduh, lebih baik buang je terus”, katanya dengan selamba. Semua memandang sehun yang tiada perasaan itu. Kemudian suho pon bersuara. “okay, kalau macam itu kita berbaik. Kita kan classmates. Okay tak?”, kata suho kepada semua terutamanya baekhyun dan fara. “apa kita, kita lepak sama-sama. Jom minum bubble tea, feveret sehun. Dia kan dah tolong kutipkan tin kosong tu”, kata kai. “ kaja~kaja~kaja~”, balas chanyeol gembira.
Bubble tea café…
Mereka order bubble tea. Fara dan wafa tidak pernah minum bubble tea. Jadi mereka biarkan sahaja exo order untuk mereka. Lagi-lagi sehun, yang memang expert pasal bubble tea ni. Sementara menunggu bubble tea sampai, mereka pon berborak. Masing-masing memperkenalkan diri walaupun mereka ni classmates. setelah bubble tea tiba, sehun mempelawa fara dan wafa minum dahulu. Fara minum dan dia terus menunjukkan thumbs up. Manakala wafa pula tersenyum dan berkata ,”mashita!”. Kemudian mereka sambung borak lagi. Lama –kelamaan fara dan wafa selesa dengan mereka, dan mereka pon membuat keputusan untuk menjadi kawan mereka.
“eh, dah pukul 7 la. Aku dengan wafa kena balik ni”, kata fara. “nak kitorang tolong hantarkan?”, pelawa d.o. “ hantarkan? Naik ape?”, Tanya wafa. “ naik teksi lah. Kitorang panggilkan teksi.haha”, balas d.o. “owh, ingatkan nak hantarkan pakai kereta. Mana tau ada lesen awal ke?”, kata fara. “lawak ke? Kita ni baru 13 tahun cik fara oi!”, balas kai. Kemudian teksi tiba di hadapan café setelah suho membuat panggilan telefon. Fara terus menuju ke teksi, manakala wafa sedang berbincang sesuatu dengan suho. “wei, wafa cepatlah!”, jerit fara.”jap~ k, bye suho”, kata wafa dan terus menuju ke teksi. Teksi pun mula meninggalkan exo. Exo melambai kepada mereka, oleh itu fara dam wafa harus membalasnya walaupun mereka tak nak.
Di dalam teksi..
“kau buat apa dengan suho tadi?”, Tanya fara musykil. “tak ada apa-apa”, balas wafa selamba. Oleh itu, fara malas nak Tanya lagi. Tidak lama kemudian, mereka pon tiba di rumah masing-masing.
Hari peperiksaan akhir sekolah tinggi…
Fara bangun awal pagi itu kerana dia ingin memjemput siwon sempena final examnya. Fara juga telah menyiapkan bekalan makanan special untuk siwon.

Siwon keluar dari rumah dan terkejut melihat fara sudah menantinya di hadapan pagar rumah.”hai, fara! Selalu oppa yang jemput. Kenapa hari ini lain pula? Haha”, kata siwon. “hari ini kan oppa exam. Nah! Fara ada sediakan lunch box untuk oppa”, kata fara sambil memberikannya kepada siwon. Mereka pon meneruskan  perjalanan ke sekolah. “fara ke yang masak ni?”, Tanya siwon. “ tak lah. Ibu yang masak”, kata fara selamba. Tiba-tiba, ada kereta meluncur laju. Siwon terus menarik fara ke dakapannya. Muka fara menjadi merah dan dia juga terkejut dengan kereta tadi. “fara tak apa-apa?”, Tanya siwon. Mukanya juga sangat hampir dengan fara. “fa…ra o…kay”, balas fara malu. Dia terus melepaskan dirinya dari dakapan siwon walaupun sebenarnya dia nak lebih lama dalam dakapan siwon.

Mereka berjalan lagi. Fara cepat-cepat lupakan kejadian tadi. “oppa! Hari ni fara nak hantar oppa ke sekolah dulu. Boleh tak? Sempena exam oppa”, kata fara manja. “ okay”, balas siwon sambil mengusap rambut fara. Fara blushing lagi sekali.

Tiba di sekolah siwon. “oppa, dah sampai!”, kata fara riang. “oppa, good luck exam!”, kata fara lagi.”fara, boleh tak oppa minta something?”, Tanya siwon.” Apa dia?”, siwon terus memeluk fara dan berkata ‘saranghae’ di telinga fara.fara blushing lagi “ahhh.. how many times oppa? U makes me crazy!”,fikir fara sendirian. Siwon melepaskan pelukannya. “thanks fara, bye”, kata siwon dan terus berlari meninggalkan fara. fara masih terkaku di situ. Dan dia rasa ada angin yang kuat lau di sebelahnya. “owh,donghae oppa”, kata fara. dia Nampak donghae berlari mendapatkan siwon. Fara terus pusing ke belakang untuk menyambung perjalanannya ke sekolah. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia ternampak wafa tersenyum kepadanya. Wafa berdiri di hadapan keretanya sambil menyilang tangan. “fara, naiklah sekali ngan aku!”, jerit wafa mempelawa.

Fara menerima pelawaan wafa. Fara masuk ke kereta.” Ahjussi, ni kawan wafa”, kata wafa memperkenalkan fara kepada pemandunya. “hmm, wafa~”, kata fara mulakan bicara. “aku Nampak semuanya tadi”, kata wafa tersenyum. Wafa Nampak tenang sahaja.

“bro! ko da confess ye tadi?”, kata donghae setelah berjaya mendapatkan siwon yang gembira tu.siwon menggosok belakang lehernya kerana malu. Donghae menumbuk dada siwon.”cayalah bro!”, kata donghae. Siwon masih lagi tersenyum.” Da lah bro! exam jom! Good luck!”, kata donghae. “kau pon donghae!”, kata siwon.
Keputusan peperiksaan telah keluar. Siwon dan donghae mendapat keputusan yang cukup cemerlang. Bertimbun-timbun surat tawaran mereka dapat untuk melanjutkan pelajaran.setelah berfrikir banyak kali, donghae hanya melanjutkan pelajarannya di dalam korea sahaja atas permintaan ibu bapanya. Ibu bapanya berbuat demikian kerana mereka selalu outstation dan tiada yang menjaga wafa di rumah selain maid. Bukan kerana mereka tak percayakan pekerja mereka. Hanya untuk memastikan keselamaatn anak perempuan mereka lebih terjamin. Donghae telah menjelaskan segala-galanya kepada siwon kerana tidak dapat menyambung pelajaran bersama-sama.

Papa siwon pulang ke rumah. “siwon, papa dapat naik pangkat dan ditukarkan ke uk”, kata papa riang. “ye ke yeobo? Baguslah. Kita dapat duduk sekali bersama anak kita di sana”, kata mama siwon gembira. Walaupun siwon sebenarnya tidak mahu melanjutkan peljaran ke uk, namun dia tidak mahu menghancurkan harapan ibu bapanya. “ macam mana siwon? Kamu pilih uk lah, Negara lain kamu tolak ye?”, kata papa. “baiklah papa”, kata siwon sambil tersenyum paksa. “ah! Lagi satu, papa dah rancang dengan mr kim yang kita akan pergi bercuti ke pulau jeju bersama. Sebab lepas ni kita takkan jumpa mereka lagi”, terang papa siwon panjang lebar. “tak jumpa lagi?”, fikir siwon yang teringatkan fara.
Siwon masuk ke biliknya. Dia mencapai handphonenya. Ada mesej daripada fara.

To: siwon oppa
From: fara
Congrats!

To: little fara
From: siwon oppa
Thanks =) oppa sambung belajar kat uk

To: siwon oppa
From:fara
Owh. Fara dah tahu. Tadi papa oppa call ayah fara. and die cakap kite nak pergi bercuti ke pulau jeju

To: little fara
From: siwon oppa
Haah. Next week. Kita have fun sama-sama ye?


To : siwon oppa
From: fara
Okay lah. Fara da ngantuk ni. Fara tidur dulu. Nite

Siwon rasa serba salah membaca mesej fara. dia tahu, tak mungkin fara akan tidur awal. Dia tahu, fara hanya cuba mengelak.

To: little fara
From: siwon oppa
Nite=)

Setelah membaca mesej siwon yang terakhir, fara terus menyelubung dirinya dengan selimut. Dia menangis kerana tak sanggup berpisah dengan siwon. Ini adalah pertama kali mereka berpisah setelah hidup dan membesar bersama sejak bertahun-tahun.
Kedua-dua keluarga bersiap-siap untuk ke pulau jeju. Mereka menaiki mpv mr choi. Tiba-tiba, handphone fara berdering. Panggilan daripada wafa. “hello fara!”, jerit wafa. “wei, cakap lah perlahan-lahan sikit. Aku tak pekaklah!”, marah fara. suaranya juga meninggi. Semua memandang ke arahnya. “sorry~ tapi kau nak pergi ke pulau jeju dengan keluarga siwon kan? haha”, kata wafa. “ha’ah”, balas fara perlahan. “haha.. nanti bolehlah kau dating dengan dia!”, kata wafa riang. fara terus memandang siwon yang sedang mengangkat beg.siwon juga memandang fara. “and nanti jangan lupa belikan aku souvenier tau! Good luck~ hehe”, kata wafa lagi. “hmm”, balas fara. “okaylah fara. aku nak sambung tidur. ppyong”, kata wafa dan terus mematikan talian.“fara, jom masuk. nak pergi dah ni”, jerit ayah fara.


Dalam perjalanan, siwon dan fara hanya senyap. Manakala parents gempak berborak. Oleh kerana perjalanan yang agak jauh, membuatkan mata fara menjadi berat. Dan dia pun terlelap. Siwon yang ternampak fara tersengguk mula berasa kasihan. Lalu dia meletakkan kepala fara di atas bahunya.  Siwon menyisirkan rambut fara yang panjang sehingga menutup wajahnya ke belakang telinganya. Dia melihat bibir fara. dia ingin menciumnya tapi ditahannya, dengan hanya memberi ciuman di dahi fara.


“eh~budak-budak kat belakang ni senyap je”, kata mrs choi. Siwon cepat-cepat memejam matanya dan berpura-pura tidur apabila mendengar suara mamanya. Kepalanya di atas kepala fara. mereka semua memandang ke belakang. “oh, tidur rupanya”, kata mrs kim. “mereka Nampak okay bersama. Kan?”, kata mr kim. “haish~ bolehlah ni”, kata mr choi memberi komen sambil memandu mpvnye. Mereka semua tergelak. Siwon pada masa yang sama tersenyum dalam lelapnya.
Tiba di pulau jeju. Siwon mengejutkan fara. fara bangun dan terkejut, kenapa kepala dia di bahu siwon. “takkan sepanjang perjalanan aku tidur kat bahu die?”, fikir fara sambil menggelengkan kepala. “haah. Sepanjang perjalanan fara tidur kat bahu oppa. Lenguh dah ni”, kata siwon. Fara terkejut kerana siwon boleh membaca pemikirannya. “thanks oppa. Pinjamkan bahu”, kata fara. siwon hanya tersenyum.“ha! Fara, siwon! Pergilah main kat pantai tu lepas tukar baju”, jerit mr choi. Mereka mengiyakan dan terus bergerak ke bilik hotel.

Fara bersama siwon. Manakala parents mereka pergi shopping. Katanya, malas nak ke pantai. Siwon memakai seluar pendek bersama tshirt hitam. Fara pula memakai short pink bersama tshirt warna pink. Mereka berjalan bersama-sama di pantai. Mereka Nampak sweet. Kelihatan ketika itu tidak ramai orang. Mereka bermain air laut bersama- sama  sehingga basah kuyup. “oppa! Fara dah penat lah main”, kata fara. “okay. Fara duduk dekat situ, biar oppa belikan air”, kata siwon.

Fara memerhati keindahan laut pulau jeju. Tiba-tiba, ada anjing mendekati fara. fara mengusap anjing yang comel gebu itu. “lulu! Lulu!”, fara terdengar orang seperti memanggil anjing tersebut. “Mungkin pemiliknya”, fikir fara. “lulu! Kat sini rupanya kau”, kata pemilik tersebut dalam bahasa cina. Sememangnya fara tidak memahaminya. Kemudian pemiliknya memandang fara. dia teruja dengan kecomelan fara. “ xie xie. Wo shi luhan”, katanya sambil tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam. “anyonghaseyo. jonneun fara imnida”, kata fara menyambut tangan luhan. Fara juga teruja dengan  kekacakan luhan dengan matamya yang bulat. “awak korea? Saya dari Beijing. Saya boleh cakap korea sikit-sikit”, terang luhan. Fara hanya mengangguk. Belum sempat fara ingin berkata, “luhan!luhan!”, “okay saya kena pergi dulu. Saya harap kita boleh jumpa lagi”, kata luhan berlari membawa anjingnya.

“jumpa lagi?”, fikir fara sendirian. “hey, fara! kenapa?”, terjah siwon dan terus duduk di sebelah fara. “op..pa! terkejut fara.tak ada apa-apa. Rasa lama pula tunggu oppa”, kata fara sambil ketawa kecil. “lama ke? Ni tak lama mana pon kalau dibandingkan dengan 5 tahun”, kata siwon. Fara menjadi sedih mendengar ‘5 tahun’. Terlalu lama perpisahan tersebut. “fara, jom ukir nama kat atas pasir tu”, ajak siwon. Fara mengangguk sambil tersenyum.

Mereka mula mengukir nama masing-masing, mengejek nama masing-masing di atas pasir tersebut. Fara mula berasa bosan. Dia lihat siwon struggle menulis sesuatu di atas pasir tersebut.”oppa!”, panggil fara. “jangan datang dekat dulu. Dah nak siap ni”, kata siwon yang masih lagi struggle menulis. “ha! Da siap. Sinilah fara”, panggil siwon. Fara membaca ukiran tersebut. Tulisan itu diukir di dalam bentuk hati yang besar. Fara menitiskan air mata setelah membaca tulisan tersebut.’SARANGHAE KIM FARA’ Dia terus memalingkan mukanya dan terus menangis dalam dakapan siwon. “jangan menagis”, siwon menepuk perlahan belakang badan fara. “nado saranghae”, balas  fara. kemudian siwon melepaskan fara dari dakapannya. “fara janji akan tunggu oppa selama 5 tahun tau”, kata siwon. Fara mengangguk dan masih lagi menangis. Siwon mengelap air mata fara menggunakan ibu jarinya.  “dah, jangan menangis lagi. Janji dengan oppa.yeasokh”, kata siwon sambil mengeluarkan pinky fingernye. “yeasokhae”, balas fara.  pinky finger mereka bercantum.
Fara sedang bersiap di biliknya. Dia rasa macam tak nak pergi sahaja. Tapi harus.”fara cepat sikit! Nanti terlambat”, jerit ibu fara dari bawah. Sekarang musim sejuk, maka mereka terpaksa memakai baju yang agak tebal. Fara memakai shorts, jacket blue black dan scarft biru laut. Dia melepaskan rambutnya yang panjang. Dia berdiri di hadapan cermin. “hari ini aku kena kelihatan terbaik depan siwon oppa”, kata fara di hadapan cermin. Dia sempat lagi menjeling foto di atas meja semasa bercuti bersama di pulau jeju hari itu.

Fara keluar rumah. Kelihatan siwon sibuk mengangkat luggage besarnya ke dalam kereta. Itu barang terakhir. Yang lain semua dah dimasukkan ke dalam kereta. Fara memandang rumah sebelahnya, “lepas ni dah tak sesiapa kat rumah sebelah ni. Semua kosong”,  fikir fara sendirian. “ dah. Jom gerak”, kata mr kim.
                                                                                                                                                            
Setiba di airport, kelihatan donghae dan wafa sudah menanti di sana. Parents mereka tiada bersama kerana outstation. Wafa melambai ke arah fara dan menuju mimik muka supaya senyum, jangan menangis. Fara faham isyarat wafa itu dan dia bersyukur kerana mempunyai kawan yang memahami.

 Mereka masing-masing berpelukan. Air mata berlinangan. Fara lihat semua orang menangis termasuk wafa dan donghae. Fara cuba menahan diri daripada menangis. Tetapi apabila siwon tiba-tiba sahaja memeluknya, fara dah tak boleh tahan sebak di dadanya lagi.dia menangis sepuas-puasnya dalam dakapan siwon. Yang lain hanya memerhati kerana mereka memahami. Siwon meletakkan sesuatu di dalam tangan fara. fara terkejut kerana ada sesuatu di dalam tangannya. “oppa~”, kata fara. “masukkan dalam poket dulu” kata siwon. Kemudian mereka pon melepaskan pelukan masing-masing.

kini, sudah tiba masanya penerbangan ke uk. Mereka semua melambai antara satu sama lain. Lambaian dan linangan air mata. Semua berasa sedih.

Mereka meninggalkan airport. Semasa dalam kereta, fara hanya memandang ke luar tingkap. Dan kelihatan kapal terbang berlepas.”mungkin itu flight siwon oppa”, kata hati fara. parents fara juga hanya senyap, mungkin masih lagi sedih berpisah dengan keluarga choi. Fara terus menyeluk polet jaketnya. Dia ingin tahu ape yang diberi siwon. “ah! Rantai loket kunci. Oppa perasan rupanya”, fikir fara sendirian sambil tersenyum.


Flashback..
Semasa shopping di pulau jeju. “oppa. Try topi ni”, kata fara sambil memakaikannya di kepala siwon. “handsome!”, kata fara sambil tersenyum. “ fara pon try la”, kata siwon pula. “ girlfriend oppa cun la!.haha”, kata siwon. Mereka bergelak ketawa.
Mereka berjalan-jalan lagi.tiba-tiba mata fara tertangkap rantai yang ade berloket kunci warana silver. Tapi fara buat tak tahu sahaja dan terus berjalan. Dia sebenarnya nak minta kat siwon, tapi malu. Siwon pada masa yang sama tersenyum melihat fara begitu. Lalu dia cepat-cepat membeli rantai tersebut supaya fara tak perasan
Fara yang sedang berjalan, rasa dia sedang berjalan keseorangan. Lalu dia pandang ke belakang. “oppa, palli!”, jerit fara. “sekejap!”, balas siwon. Siwon cepat-cepat simpan rantai itu di dalam poket seluarnya.
4 tahun kemudian..
Kini sudah empat tahun siwon meninggalkan fara. setiap hari fara menghitung hari menanti kepulangan siwon. Dulu, mula-mula siwon rajin hantar email, skype. Tapi sekarang jarang sekali. Tahun ini tak pernah lagi walaupun untuk ucapkan selamat tahun baru. Wafa ada tolong tanyakan donghae, dan siwon memberikan alasan yang dia sibuk. Mungkin boleh diterima. Maklumlah, belajar dekat oversea. Setipa hari fara akan merenung rantai tersebut, dan dia yakin siwon tidak akan lupakannya.

“fara.fara.fara~ hello~”, panggil baekhyun sambil melambaikan tangannya di hadapan fara. “ ah!”, kata fara terkejut. “kau okay tak?”, Tanya baekhyun.fara hanya mengangguk tersenyum. Sekarang mereka sedang lepak bersama di café bubble tea, di mana mereka mula menjadi kawan 4 tahun yang lalu. Pemilik café tersebut amat mengenali kami kerana kami sudah menjadi pelanggan tetap mereka. “oppa~”,kata wafa manja kepada suho. “korang kalau nak bercinta sangat jangan kat sini. Habis kedai aku ni. Jatuh reputasi”, kata sehun kepada wafa dan suho. Yang lain hanya gelak.  Fara hanya senyum. Dia memang taka da mood nak gelak buat masa ini.  Baekhyun perasan, dan dia terus memeluk bahu fara dan mengarahkan supaya fara meletakkan kepalanya di bahunya.

Memang sepanjang 4 tahun ini, banyak benda berlaku. Sejak pertemuan kali pertama mereka di café, rupa-rupanya,
Flashback..
1.            “fara! Kuda kau bila nak pergi oversea?”, peril baekhyun dan rakan-rakanya yang di belakang. Fara buat tak layan sahaja. “tak baiklah kai!”, kendengaran suho memarahi baekhyun sambil mengetuk kepalanya.
Masa itu, wafa dengan suho dan tersenyum-senyum.

2.            “hmmm.. wafa, minta nombor”, kata suho sambil menggosok tangannya di belakang leher kerana malu. “01……., nanti call tau”, kata wafa
                “wei, wafa cepatlah!”, jerit fara.”jap~ k, bye suho”, kata wafa dan terus menuju ke teksi.

End of flashback..

Jadi, dalam masa 4 tahun ni, wafa dah kapel dengan suho. Sebab itu, fara menjadi lebih rapat dengan exo terutamanya baekhyun. Baekhyun amat memahami fara. kisah dia dengan siwon pon baekhyun tahu. Oleh kerana, wafa sibuk bersama suho, maka baekhyun lah tempat luahannye. Dia dah anggap baekhyun seperti abangnya sendiri.hubungan fara bersama exo juga telah diketahui parents fara. jadi, sudah kebiasaan juga rumah fara menjadi tempat berkumpul mereka sekawan.
Hubungan yang rapat antara baekhyun dan fara, membuatkan baekhyun mula menyimpan perasaan terhadap fara. namun, dia hanya memendamnya sahaja kerana dia tahu yang fara adalah girlfriend siwon. Tapi bagi baekhyun, ini tidak adil bagi fara kerana menanti siwon tanpa berita. Oleh sebab itu, dia ingin melindungi fara daripada terus bersedih. Baekhyun ingin lihat fara yang ceria sahaja.

4 tahun lalu, setiap hari fara pergi ke sekolah bersama siwon. Tapi kini fara ke sekolah bersama exo. Begitu juga wafa. Wafa mengambil keputusan untuk join sekali, dan tidak mahu dihantar oleh pemandunya. Donghae dan parentsnya tidak membangkang sama sekali.

“wei, da pukul 10 lah. Jom blah! Aku nak hantar wafa ni. And jangan lupa,esok sekolah”, kata suho. “yelah. Pergilah hantar girlfriend ko balik”, kata chanyeol tak puas hati. Mereka semua sebenarnya jeles kerana suho seorang sahaja yang ada girlfriend. “aku pon balik dulu lah”, kata fara, bangun dari tempat duduknya.”tak pe. Biar aku yang hantar kau”, kata baekhyun. Fara mengikut sahaja kata baekhyun. Mereka berdua meninggalkan café. “haish, semua balik dengan pasangan!”, kata kai.  “biarlah. Kita balik sama-sama je lah”, pujuk d.o. “ yelah. Kaja~ thanks ahjumma!”, kata sehun.




PASTFUTURE
Owner
[PUT YOUR OWN]

Walkie Talkie


" [YOUR CBOX CODES] "

My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>> I Luv you!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Cinderella hilang kasut?
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • Ramadhan AL-Mubarak,,,
  • first sem!!
  • seronok!!
  • Selamat Datang!!
  • 5 days to go :-#
  • scared:-S
  • salam,,,
  • MiSSInG U FrEnZs,,,
  • SeLaMaat hARi RaYaaaa!!!!!