
|
The Promise (21-30)
Friday, 16 August 2013 • 19:58 • 0 comments continue from part 11-20The Promise,,,
Pada malam itu, fara rasa letih sangat. Dia
baring di atas katilnya.Macam-macam berlaku. Kemudian, dia mencapai laptopnya.
Buka skype. Dia ternampak wafa online. Maka, dia terus tekan nama wafa untuk
bercerita pasal hari ini. Setelah buka, “fara~”,exo dan wafa depan skrin. Fara
terkejut bercampur gembira. Akhirnya, dapat bersemuka dengan rakan-rakannya.
“hey! Korang semua kat rumah wafa ke?”, Tanya fara sambil tergelak kerana
mereka semua seperti berebut-berebut. Tujuh-tujuh nak masuk skrin tu. “ha’ah.
Dorang ni semua menyibuk”, balas wafa. “kitorang rindukan kau!”, jerit
baekhyun. “eh…………….”, exo yang lain mengejek kerana mereka faham maksudnya itu.
Fara hanya tergelak. “fara! kitorang nak wish hari jadi ni!”, kata suho pula.
“hari ini hari jadi aku ke?!”, kata fara terkejut. “iye lah! Kau dah lupa ke?”,
kata chanyeol pula. Fara mengangguk. “biasalah tu. Maybe sebab kau busy”, kata
d.o. memahami. “jom kita start nyanyi”, ajak wafa. Fara terharu mendengar
nyanyian mereka sehingga menitiskan air mata. Tak sangka mereka akan mengingati
hari jadinya. Terharu!
Setelah selesai skype, fara menerima satu
emel. Dari siwon oppa! Fara nak menjerit sahaja tapi ditahannya, takut kalau
ibu dan ayahnya terjaga. Dia membaca emel tersebut.
Hye
fara! sorry oppa dah lama tak balas emel fara. oppa busy kat sini. Harap fara
faham. Donghae dah beritahu segalanya. Fara dah pindah Beijing kan? Dan fara
masih memegang janji fara kan? Tinggal setahun je lagi pengajian oppa di sini.
Tak lama lagi oppa balik. Oppa balik Beijing. Bukan korea. Dan oppa takkan lupa
hari ini. HAPPY BIRTHDAY FARA! I ALWAYS LOVE U! fara tunggu oppa ye. Bye
Dia terharu membaca emel siwon. Fara
bersyukur siwon masih mengingatinya. Kemudian dia menutup laptop dan baring di
atas katil. “esok sekolah lagi”, kata fara sendirian. “apelah luhan buat dekat
handphone aku tadi?”, sebelum sempat dia membuka handphonenya, dia teringat
sesuatu. “sapu tangan luhan! Mana aku letak tadi?!’, dia mencari dalam poket
jaket uniform sekolahnya. “ha! Jumpa pun. Pulang lusalah. Tak basuh lagi”, kata
fara sambil tersenyum dan meletakkan sapu tangan tersebut di atas meja
soleknya.
Tiba-tiba handphonenya bordering. Nada
dering mesej. “ mesej from luhan?”, kata fara pelik. “ fara, hye! Sorry tadi saya masukkan nombor
saya dalam handphone awak. Haha. Yang pasal sapu tangan itu, awak simpanlah as
birthday present awak. Saya tau pun sebab terbaca mesej awak tadi. Ada orang
wish birthday awak hari ini. Sorry. Anyway, HAPPY BELATED BIRTHDAY FARA =) “.
Fara tersenyum membaca mesej tersebut. Kemudian dia pun tidur.
Tiba di kelas, fara Nampak luhan sudah
berada di tempat duduknya. Kepalanya di atas meja memandang ke luar, tidur.
Fara meletakkan begnya perlahan-lahan supaya tak mengejutkan luhan. Tetapi
tiba-tiba badan luhan bergerak. “sorry”,kata fara perlahan. Luhan terus
malingkan mukanya kepada fara sambil
tersenyum, “morning”. Fara tak sanggup memandang wajah luhan. Senyuman luhan
membuatkan dia cair. “morning………… and thanks wish semalam”, kata fara tanpa
memandang wajah luhan langsung. Tiba-tiba luhan menggeliat. “kenapa luhan ni comel sangat?”, kata hati fara.
Kelas pun berjalan seperti biasa
sehinggalah tiba waktu rehat. “fara, jom rehat dengan saya”, ajak luhan. Fara
mengiyakan sahaja memandangkan dia tiada teman lain. Luhan menarik tangan fara
dan bangun dari tetap duduknya. Muka fara merah. Mula-mula dia rasa malu untuk
memegang tangan luhan, namun, lama-kelamaan dia berasa selesa dalam genggaman
tangan luhan. Rasa seperti siwon. Perasaan seperti 4 tahun lalu. Dia terus
mengikut ke mana luhan membawanya.
Tanpa fara perasan, mereka telah pun tiba
di sebuah taman. Fara terkejut. Di hadapannya terdapat lima orang lelaki sedang
makan di tempat duduk di bawah sebuah pohon besar. Fara Nampak chen juga di
situ. Tangannya masih dalam genggaman luhan. “oi luhan! Siapa itu? “, Tanya
kris. “haahlah. Tak pernah Nampak ko bawa perempuan pun. Siap pegang tangan
lagi”, kata xiumin. Fara terus melepaskan tangannya apabila mendengar xiumin
berkata begitu. Fara menundukkan kepalanya. Dia malu. Tiba-tiba, “fara. marilah
duduk sini”, ajak chen. Semua memandang chen. “ kau kenal die?”, Tanya tao.
Chen mengangguk. Fara ingin melangkah menuju ke chen, tapi ditahan luhan. Dia
menarik fara. “duduk sini”, kata luhan memberi arahan. Fara duduk. “hye fara! saya
yixing”, kata lelaki di sebelahnya. Fara hanya tersenyum. Fara duduk di antara
yixing dan luhan, disebelah yixing adalah kris. Di hadapan mereka chen, xiumin
dan tao.
Mereka memperkenalkan diri. Dan mereka
menggelar diri mereka exo. “exo?”, kata fara perlahan. “kenapa?”, Tanya luhan.
“oh. Tak ada apa-apa. Cuma…”, kata fara. “Cuma apa?”, Tanya tao dengan suara
yang tinggi. “tao~”, semua memarahi tao kerana ketidaksopanannya. “semasa saya
duduk korea dulu, saya ada kawan, nama grup mereka juga exo”, terang fara.
“oh”, mereka berkata serentak. Fara pelik mendengar respons mereka. “kawan awak
tu mesti namanya suho,chanyeol,baekhyun, d.o, kai dan sehun kan?”, Tanya kris.
“aha”, jawab fara yang masih lagi rasa pelik. “dah agak da”, balas xiumin.
Faramembuat minik muka ‘apa maksud dorang ni?’.
“Mari saya ceritakan kisahnya”, kata chen.
“kami semua ni pernah duduk korea semasa sekolah rendah dulu. Jadi kami seramai
12 orang telah menjadi kawan baik. Memandangkan kami hidup berjiran, rumah kami
pun tak jauh. Kami selalu bermain.lepas itu kami ada nama grup sendiri, iaitu
exo bermaksud extraordinary. Haha. Kebetulan pula, semasa tamat sekolah rendah,
ayah kami berenam ditukarkan kerja di sini. Kami pun berpisah. Dah 5 tahun tak
jumpa ni”, terang chen panjang lebar. “oh, ye ke? Mereka berenam pun masih lagi
bersama sekarang ini. Tak pernah renggang. Memang betul-betul kawan baik
lah”,kata fara riang. “eh, tadi dia malu,.sekarang dah cakap banyak”, kata tao.
Fara tersenyum. Luhan mengusap rambut fara kerana dia rasa bangga dengan fara.
muka fara merah. “luhan! Muka fara merah dah tu”, kata chen sambil gelak. Fara
terus menundukkan kepalanya kerana malu. “sorry”, kata luhan perlahan kepada
fara.
“hmm. Fara”, semua tertumpu kepada yixing yang
dari tadi senyap. “saya ada cousin tinggal kat korea. Hmm, awak kenal wafa?”,
Tanya yixing. Fara tergelak. “yixing! Wafa tu bestfriend saya dan dia tu
girlfriend suho!”, kata fara. “girlfriend?!”, semua berkata serentak. “yup.
Kenapa?”, Tanya fara. “ siapa lagi yang dah ada girlfriend?”, Tanya xiumin.
“suho sorang je”, kata fara. “daebaklah! Dulu kitorang ingat dia orang terakhir
yang ada girlfriend. Haha. Tapi dia dah ada dulu”, kata kris.”lagi-lagi
girlfriendnye tu cousin aku sendiri!”, kata yixing. “dunia ini memang kecil”, kata
luhan. Kemudian mereka pun berborak sambil makan. Fara juga telah mempunyai
lima lagi rakan baru.
Hari sabtu. Luhan mengajak fara keluar. Exo
yang lain tak ikut kerana sibuk dengan hal masing-masing. Fara terus pergi ke
almari pakaiannya untuk memakai pakaian yang simple. Tapi dia masih bingung tak
tahu nak pilih pakaian yang mana. Tiba-tiba dia teringatkan wafa masa mereka
keluar dulu. Lalu dia memilih untuk memakai short dress. Luhan kata dia akan
menjemput fara di rumahnya. Sementara menanti luhan, dia memerhatikan dirinya
di hadapan cermin. Dia menampakkan rantai pemberian siwon. “daebak!”. Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta.fara
cepat-cepat turun ke bawah. Parentsnya tiada di rumah, kerja. Sekarang dia bingung
pula, nak pakai kasut apa. Jadi, fara membuat keputusan untuk memakai lofer
sahaja agar mudah berjalan. Setelah selesai semua, fara mengunci pintu rumah.
Fara masuk ke kereta luhan. “hye”, kata
luhan. “hye”, jawab fara sambil mencuba memasang seatbelt.”biar saya
pasangkan”, kata luhan. “thanks”, jawab fara. jarak yang terlalu dekat
membuatkan fara rasa malu dan blushing. mereka pun mulakan perjalanan. “eh,
luhan! Awak tukar warna rambut ye?”, Tanya fara.”awak perasan ye. Haah. Okay
tak?”, Tanya luhan minta pendapat. “handsome!”, jawab fara dan memberi dua
thumbs up kepada luhan. “hehe. Thanks”, jawab luhan blushing.
Mereka pun tiba di mall. Fara dan luhan
membuat keputusan untuk tidak mahu menonton wayang pada hari itu. Mereka pun
bermain di arcade untuk hilangkan tekanan belajar. Kemudian mereka
berjalan-jalan ke mall. Sampai di satu kedai permainan, luhan terus mencapai
satu cubic. “awak pandai main?”, Tanya fara. “yup. Saya suka main benda ni.
Saya boleh siapkan dalam masa 3 minit tau”, kata luhan. “hmm. Nak tengok. Saya
set masa”, kata fara. luhan mula bermain. “wah! Daebaklah! Tak sampai 3 minit
pun”, puji fara. “hehe.mana ada. Biasa je tu”, jawab luhan malu kerana dipuji.
Kemudian fara pula tertumpu kepada sebuah
patung beruang yang besar warna pink. Dia membelai bulu beruang tu. Luhan perasan
“nak?”, Tanya luhan. “tak nak lah. Tengok je”, jawab fara. luhan terus
mendapatkan beruang itu dan diberikan kepada fara. muka fara terkejut. Namun,
beruang untuk cukup besar untuk menutup wajah fara. “luhan~ tak payah~”, kata
fara. “terima kasih,encik. Datang lagi”, kata cashier tersebut kepda luhan.fara
mengeluh kerana luhan telah membayarnya. “fara. awak Nampak jalan tak? Mari
saya pimpin”, kata luhan perli. “Nampak lah”, jawab fara.
“fara, jom minum bubble tea”, ajak luhan.
“bubble tea?”, Tanya fara terkejut. “kenapa?”, Tanya luhan pelik. “kat sini pun
ada ke? Saya suka bubble tea. Haha”, jawab fara. “oh, ingatkan kenapa. Jom saya
bawa ke tempat jual bubble tea yang terbaik!”, kata luhan. Mereka pon tiba di
sebuah café. Fara mencuba untuk membuka pintu café tersebut, namun sukar, lau
dibantu luhan. Mereka duduk di tepi tingkap. Mereka telah mengorder bubble tea
kegemaran masing-masing. “fara. berat sangat ke bear tu?”, Tanya luhan. “berat
dan besar tau tak?!”, jawab fara agak meninggi suaranya.” Silakan cik”, tiba
pelayan datang menghantar order. Fara malu. Dia hanya tersenyum kepada pelayan
tersebut. “haha. Malu lah tu”, perli luhan. “hmm. Siapa yang ajar minum bubble
tea?”, Tanya luhan. “sehun”, jawab fara. “oh”,balas luhan. “sebab bubble tea kitorang
jadi kawan”, kata fara.”siapa? awak dan exo?”, kata luhan. Fara mengangguk.
“haha. Bubble tea memang hebat lah. Kami pun dulu selalu minum bubble tea
sama-sama semasa kat korea dulu”, terang luhan.
Mereka keluar dari café dan sambung
berjalan. Hari dah lewat, jadi mereka membuat keputusan untuk balik. Semasa
sedang berjalan, tiba-tiba fara terlanggar seseorang akibat bearnya yang
terlalu besar. Rupa-rupanya seorang lelaki. Dia meminta maaf kepada fara. fara
hanya menudukkan kepalanya tanda hormat. Kemudian lelaki itu bertanya luhan
sesuatu. Kemudian lelaki itu pun berlalu pergi.
Dalam kereta, “luhan. Lelaki tu tadi Tanya
apa?”, Tanya fara. “dia just Tanya alamat”, jawab luhan sambil tertumpu kepada
jalan di hadapan. “awak nak namakan apa bear tu?”, Tanya luhan. “nama? Tak
fikir pula”, jawab fara. “apa kata
lulu?”, kata luhan. “lulu? Tak apa ke?”, Tanya fara. “tak apa lah. Itu tandanya
awak ingat saya”,kata luhan sambil tersenyum. Fara hanya diam. “apa maksud luhan?” fikir fara
sendirian. Dia terus memegang rantainya. Luhan perasan.
Tiba di rumah. Fara keluar dari kereta.
“thanks luhan”, kata fara. “okay nite. Peluk lulu time tidur. Bye”, kata luhan
dan berlalu pergi.
Hari ahad. Fara dan parentsnya hanya
menghabiskan masa di rumah. Fara ketika itu sedang menyiram pokok-pokok bunga
di halaman rumahnya. Semua tanaman di situ ditanam oleh keluarga xi, keluarga
yang tinggal di situ sebelum mereka. Sedang fara menyiram, dia ternampak
kelibat seorang lelaki di hadapan rumah mereka. Fara pun menegur lelaki
tersebut jikalau dia inginkan pertolongan.
“hmmm.. encik”, tegur fara. lelaki tersebut
terus memalingkan wajahnya kepada fara. fara terkejut. lelaki ini adalah lelaki
semalam yang dia langgar.lelaki itu senyum kepada fara. “hmm.. encik ini orang
semalam ke?”, Tanya fara. “ha?”, Tanya lelaki tu pelik. “hish! Kau ni fara. kau kan bawa beruang semalam. Manalah dia Nampak”,
fikir fara sendirian sambil mengetuk kepalanya sendiri. Lelaki tu tersenyum
melihat gelagat fara. “ah…. Saya adalah orang yang encik langgar semalam. Saya
bawa beruang besar. Lepas itu encik Tanya sesuatu kat kawan saya”, terang fara
dengan beraninya. “oh. Yang itu. Haha. Saya ingat”, kata lelaki tersebut.
“encik perlukan pertolongan ke sekarang ni? Kalau ye, saya boleh tolong”, pelawa
fara. “saya Cuma nak Tanya, ni rumah keluarga kim ke?”, Tanya lelaki tersebut.
“haah”, jawab fara pelik. “mr and mrs kim itu parents awak ke?”, tanyanya lagi.
Fara mengangguk dan masih tak faham apa yang lelaki ini mahukan. “boleh saya
jumpa mereka?’, katanya lagi. “oh, silakanlah masuk”, jemput fara.
Fara membawa lelaki itu ke ruang tamu. Dia
menjemput lelaki itu duduk. “ibu, ayah! Ada orang nak datang jumpa!”, jerit
fara dari ruang tamu. Parentsnya pun turun ke bawah. “Siapa fara?”, Tanya
ayahnya. Lelaki itu pun bangun dan senyum kepada ibu dan ayah fara.
Ibu dan ayah fara masih tergamam melihat
lelaki tersebut. Sememangnya, mereka tidak mengenali lelaki tersebut. “ibu~”,
lelaki itu menyebut perlahan. Fara terkejut. Begitu juga parentsnya. “siapa
kamu?”, Tanya ibu fara. “saya kim hyun joong, anak ibu”, jawab lelaki itu
tenang. fara masih lagi terkejut. Fara melihat ayahnya, tenang seperti biasa. “ibu dan ayah ada simpan rahsia daripada aku
ke?”, kata fara sendirian. Ibu terus memeluk lelaki itu sambil menangis,
“maafkan ibu, hyunjoong. Ibu salah”, kata ibu sambil mengusap wajah lelaki
tersebut. Fara hanya melihat. Dia juga seperti hendak mula menangis. Ayahnya
terus memeluk fara.
Suasana kembali tenang. ibu dan ayah fara
menceritakan perkara sebenar. “fara, maafkan ibu sebab rahsiakan perkara ini
daripada fara. hyunjoong ini adalah anak ibu sebenarnya. Dia anak luar nikah.
Ibu kena rogol semasa remaja dulu. Nenek tak dapat menerima hyunjoong. Oleh
itu, ibu terpaksa menghantarnya ke rumah anak yatim. Ibu harap fara faham”,
terang ibunya panjang lebar sambil memeluk hyunjoong.fara faham perasaan ibunya
yang sudah terpisah lama dengan anak lelakinya.
“hyunjoong, kamu boleh anggap saya sebagai
ayah kamu walaupun saya bukan ayah kandung kamu. Dan fara kena panggil
hyunjoong oppa ye. Mulai hari ini hyunjoong adalah abang fara”, kata ayah. Fara
angguk. “baiklah, ayah. Fara”, kata hyunjoong. Mulai hari ini, keluarga fara
sudah sempurna. Dia sudah mempunyai abang sendiri. Jadi, dia tidak perlu
cemburu terhadap wafa lagi.
“hyunjoong, macam mana kamu boleh jumpa
kami di sini?”, Tanya ayah. “saya ada cari ayah dan ibu di korea, tetapi mereka
berkata ayah dan ibu sudah berpindah ke Beijing, jadi saya datanglah ke mari.
Saya memang dah berniat untuk cari ibu dan ayah selepas saya tamat pengajian”,
terang hyunjoong panjang lebar. “macam
mana pula dengan ibu dan ayah angkat hyunjoong?”, Tanya ibu. “oh. Mereka
memberi keizinan kepada saya untuk kembali kepada keluarga kandung saya. Lagipun
mereka sudah mempunyai anak kandung sendiri. Jadi mereka tidak kisah dengan
keputusan saya”, jawab hyunjoong. “hmm.. umur oppa berapa?”, Tanya fara
memberanikan diri. “’22”, jawab hyunjoong ringkas. “sama siwon oppa”, fikir fara sendirian. “ apa yang kamu tengah
buat sekarang. Maksud ayah, belajar ke kerja?”, Tanya ayah. “saya baru sahaja
tamat pengajian, tak kerja lagi”, jawab hyunjoong. “kalau macam itu, kerjalah
dengan ayah, bolehkan yeobo?”, Tanya ibu kepada ayah. “boleh sangatlah itu.
Tapi kamu tinggal di mana sekarang?”, Tanya ayah lagi. “ saya punya barang di
hotel berdekatan sini”, kata hyunjoong. “ibu, ayah, boleh tak oppa tingal
dengan kita? Nanti fara ada kawan”, kata fara. “memang itu pun yang papa plan”,
kata ayah. Semua gelak ketawa
Kelas bahasa inggeris berjalan seperti
biasa. “ next assignment u all should do it in pair. So, I would like to all of
you to find your own partner. Better, just
do it with your seatmate only. More easier I think”, kata mrs lee. Luhan
dan fara berpandangan dan mereka tersenyum. Loceng berbunyi, menandakan kelas
tamat. “okay guys, remember to do your assignment. I give three weeks. After
that, submit to me. Alright?”, kata mrs lee lagi. “okay, that’s all for today.
Thank you”, kata mrs lee meninggalkan kelas.
“ah~ senanglah macam ini~”, kata luhan sambil
menggeliat. “apa yang senang?”, Tanya fara. “ senang buat kerja lah. awak kan
rapat dengan saya seorang je kat kelas ni”, kata luhan. “oh~”, kata fara sambil
mengemas begnya. “ kita nak buat dekat mana?”, Tanya fara. “hmmmm, rumah
awaklah. More easier bak kata mrs lee tadi. Haha”, kata luhan. Fara hanya
tersenyum. “jom balik”, ajak luhan.
Di hadapan kelas, “eh, apa korang semua
buat dekat sini?”, Tanya luhan kepada rakan exonya. “kau cakap nak balik sama,
nak tunjukkan rumah fara”, kata kris. Fara memandang luhan pelik. “oh~ haah
haah”, kata luhan sambil menggosok belakang lehernya. “apa lagi tercegat kat sini, jomlah!”, ajak
xiumin. Mereka berjalan pulang bersama- sama.
Tiba di rumah fara, “inilah rumah saya”,
kata fara menunjukkan rumahnya. “oh~”, semua exo memberi respons. “saya masuk
dulu ye?”, kata fara. “fara jap”, panggil luhan. “bila kita nak date?”, Tanya
luhan. “ha?”, jawab fara pelik. Semua exo juga begitu. Luhan memberi isyarat
mulutnya’assignment’ kepada fara. “oh. Weekend.sabtu ini.apa-apa, call je lah
luhan”, kata fara. “okay”, balas luhan riang.
Exo meninggalkan rumah fara. “apa luhan?
Date?”, perli yixing. “yalah. Korang tak percaya ke?”, jawab luhan. “hmmmmmm.
Tak kot”, balas tao. Luhan terus mengetuk kepala tao. “lantak lah kalau korang
tak percaya”, jawab luhan dengan poyonya.
Fara
terus berlari masuk ke rumah. Hyunjoong
sedang menonton tv di ruang tamu. “fara dah balik?”, Tanya hyunjoong. “ye. Fara
naik dulu ye?”, kata fara. “ okay”, jawab hyunjoong dan sambung menonton tv. Fara
terus baring di atas katil dan meletakkan begnya di sebelah dia. Fara merenung rantainya. “oppa, luhan? Huh~”,
keluh fara. fara terus memusing badannya ke sebelah kiri. “date?”. Fara terus
bangun, “baik aku mandi”, katanya.
“pukul 8. Kata fara, date pukul 8. I’ll be
right there soon~”, kata luhan sambil bersiap-siap untuk pergi ke rumah fara.
Luhan menekan loceng rumah fara. seseorang
memulas tombol pintu.luhan fikir itu pasti fara. .setelah pintu dibuka.
“ahhhhh!”, luhan terkejut kerana lelaki yang membukanya. Tambahan lagi, itu
adalah lelaki yang pernah dijumpainya semasa keluar dengan fara. “hye. Selamat
datang. Oh, kita berjumpa lagi”, kata hyunjoong mesra.
“kau…buat…apa…kat..sini?”, Tanya luhan sambil menuding jari ke muka hyunjoong.
“hahaha. Tak payah terkejut. masuklah dulu”, pelawa hyunjoong. Luhan pun masuk
ke dalam rumah tersebut. Dia langsung tidak berasa asing di dalam rumah
tersebut. Hyunjoong terus duduk menyambung membaca surat khabar sambil
bersarapan. Luhan hanya berdiri dan masih memandang hyunjoong. “hmm. Awak cari
fara ke? Dia dekat bilik. Mungkin dah bangun. Dia pesan dekat saya, kalau awak
dah sampai, terus pergi ke biliknya”, kata hyunjoong mesra. “kalau nak tahu
biliknya yang mana, ada nama dia tertampal dekat pintu bilik. Naiklah”. Luhan
menunduk hormat dan naik ke atas.
Luhan mencari bilik yang ada nama fara. “bilik aku yang dulu rupanya”,kata
luhan sendirian sambil memulas tombol pintu. Dia langsung tidak mengetuk pintu
bilik tersebut dan terus masuk. dia memandang sekeliling bilik tersebut, banyak
tak berubah. Cat masih lagi warna yang sama. Luhan tiba-tiba rasa rindu
terhadap biliknya itu. Kemudian dia ternampak fara masih lagi tidur. Dia
mendekati fara dan duduk di tepi katil memerhati fara. rambut fara yang panjang
menutup seluruh wajahnya yang sedang
tidur. lalu luhan menyisir rambut fara ke belakang telinganya. Tiba-tiba fara
bergerak. Luhan rasa serba salah kerana dia telah mengejutkan fara.
Fara membuka matanya kerana terasa sesuatu
yang sejuk menyentuh pipinya. Apabila dia buka mata, dia seperti tak percaya
apa yang dihadapannya. Dia menggosok matanya beberapa kali. Setelah dilihat
betul-betul, memang betul luhan di hadapannya, dia terus terduduk dan menutup
badannya dengan selimut lalu menjerit,”ahhhhhhh~”. Hyunjoong yang sedang
bersarapan hanya tergelak mendengar jeritan fara.
“fara sorry”, kata luhan. “heee~ apa
.awak.buat.kat.sini?”, Tanya fara terketar-ketar. “buat assignment lah”, balas
luhan selamba. “memanglah!”, balas fara. “ Tapi lelaki yang kita jumpa hari itu
kata, awak tunggu saya kat bilik”, balas luhan. “apa?! OPPAAAAAAAAAAA!”,jerit
fara sehingga satu rumah bergegar. Hyunjoong hanya gelak sahaja. Dia gembira
kerana dapat kenakan adiknya.
“okay. Saya nak mandi dulu. Saya harap awak
keluar dari bilik saya sekejap. Nanti dah siap saya panggil”, kata fara memberi
arahan. Tapi luhan masih tidak berganjak. “eh, bila awak keluar?!”, jerit fara
marah. Luhan terus keluar dari biliknya dan turun ke bawah. “macam mana?
Seronok kena tengking?”, Tanya hyunjoong. “huh”, balas luhan sambil menggosok
dadanya.”marilah duduk”, ajak hyunjoong. Luhan pun duduk di sofa.
“hmmm..”, kata luhan . “panggil saya
hyunjoong hyung”, balas hyunjoong. “ah~ hyung. Hyung siapa sebenarnya?”, Tanya
luhan. “owh. Saya abang fara. abang tiri”, jawab hyunjoong. “owh”,balas luhan.
Dia pun malas nak bertanya lebih lanjut. Tiba-tiba handphone luhan berbunyi.
Luhan menerima mesej. Dari fara.
To: luhan
From: fara
Saya dah siap. Jemputlah naik.
Luhan tersenyum. “kenapa?”, Tanya
hyunjoong. “saya naik dulu hyung”, balas luhan. Luhan pun naik. “apalah. Nak
suruh naik pun, mesej”,omel hyunjoong sendirian.
Luhan mengetuk pintu. “masuklah”, balas
fara. luhan masuk dan terpesona melihat kecomelan fara. fara memakai short
skirt dan tshirt. Walaupun ringkas tapi Nampak comel bagi luhan. “luhan~”, fara
memanggilnya. Luhan terbangun dari lamunannya. “marilah sini”, fara mengajak ke
katil. Barang- barang untuk assignment mereka semua telah disediakan fara di
atas katil.
Mereka pun membuat assignment tersebut
bersama-sama. Assignment tersebut hanya memerlukan sehari sahaja untuk
disiapkan bagi mereka. Sepanjang membuat assignment, luhan sempat
menjeling-jeling fara.fara langsung tidak perasan kerana khusyuk membuat
assignment tersebut. Mereka membuat assignment itu sampai ke petang. “yeah! Dah
siap.”, kata fara gembira. “awak meati lapar dan haus kan? Saya turun bawa
sekejap, ambil makanan”, kata fara.
Semasa fara di bawah, luhan mengambil
kesempatan untuk memerhati setiap sudut biliknya yang dulu. Luhan melihat frame
foto di atas meja.dia tersenyum melihat gambar fara bersama kawan exonya yang
berada di korea. “wah! Mereka betul-betul dah berubah. Ha!yang ni mesti cousin
yixing”, kata luhan mengomen gambar tersebut. Kemudian dia ternampak gambar
fara bersama seorang lelaki di pantai. Muka fara dalam gambar itu agak berbeza
dengan sekarang. Riak muka luhan terus berubah melihat gambar tersebut.
Tiba-tiba fara masuk ke bilik membawa
dulang berisi snackc dan jus oren. Luhan tidak perasan kehadiran fara. “luhan”,
panggil fara. fara berasa pelik melihat riak wajah luhan yang sebegitu. “awak
kenapa?”, kata fara setelah meletakkan dulang di atas meja. “hmm. Fara~ saya
balik dulu”, kata luhan tiba-tiba dan dia terus meninggalkan bilik tersebut.
“apa kena dengan luhan ini?”, kata fara pelik
Selesai mandi, fara terus menuju ke meja
soleknya. Duduk di situ. Dia melihat foto-foto di atas meja. “apa yang luhan
pelik sangat tengok gambar ni?”, kata fara sendirian tidak puas hati. Kemudian
fara membuka laci meja solek tersebut. Dia mengambil diari yang pernah
dilihatnya beberapa bulan lalu. Dia tidak pernah menyentuh diari tersebut
selain waktu itu sejak pertama kali dia tinggal di rumah tersebut. Dia membelek
semula diari tersebut. Tertera nama xi luhan di muka depan diari itu.
“luhan? Takkanlah~”, kata fara sendirian.
“aku rasa macam pernah dengar nama ini sebelum aku datang sini. Tapi kat mana
ye?”, fikir fara. “ah~ malaslah nak fikir. Esok aku pulangkan kat dia, mungkin
ni memang diari dia yang tertinggal di sini. Nama keluarganya juga sama dengan
nama keluarga yang tinggal di sini sebelum ini”, kata fara lalu menyimpan diari
itu ke dalam beg sekolahnya. Kemudian fara pun pergi tidur.
Fara terus duduk dan meletakkan beg. Dia
lihat luhan seperti biasa dengan habitnya,tidur. “luhan, morning”, tegur fara.
“hmmmm”, respons luhan tanpa bergerak walau seinci pun. “luhan”,panggil fara
lagi. “hmmmm..”,respons luhan masih sama. “nak Tanya something”, kata fara.
“hmmm. Tanyalah”, balas luhan selamba. Fara berasa berang dengan respons luhan.
“luhan. Pandanglah sini!”, marah fara. luhan
terkejut kerana fara meninggikan suaranya tiba-tiba pagi itu. Luhan
terus bangun dari tidurnya dan memandang fara.
“sorry”,kata fara dalam keadaan posisi duduk yang betul tanpa memandang
luhan. Fara menundukkan kepalanya dan berkata,” hmmm. Keluarga awak pemilik
rumah saya sebelum ini ye?”. “ya”, kata luhan. Dia memandang fara. fara mula
mengeluarkan sesuatu dari begnya. “nah! Ni mesti awak punya”, kata fara sambil
memberikan diari itu kepada luhan. Luhan terkejut melihat diari tersebut.
Matanya membulat. Sememangnya dia tidak pernah teringat diari itu. “saya tak
pernah buka diari ini. Awak tak payah risau”, kata fara. luhan kembali tenang.
“awak simpan je lah diari ini. Saya benarkan awak baca”, kata luhan sambil
menolak diari tersebut kepada fara.”ha?”, kata fara. “betul. Saya nak awak baca
diari ini”, kata luhan yakin. “owh okay”, kata fara dan menyimpan semula diari
tersebut ke dalam begnya. Tiba-tiba mr tan masuk menandakan kelas bermula. Semua
pelajar senyap. Dan luhan tersenyum.
Malam itu fara mula membuka diari tersebut.
“2009. Dah lama diari ini”, kata fara. dia tersenyum melihat tulisan luhan yang
comel-comel. Isi diari itu juga kelakar membuatkan fara tergelak. “ tiba-tiba
dia tertarik dengan satu halaman ini. Fara terus membacanya.
Hari
ini, aku pergi bercuti ke pulau jeju sempena cuti sekolah. Aku membawa lulu
sekali! Tapi ada benda menarik berlaku pada hari ini.haha. ni semua sebab lulu.
Semasa sedang bermain dengan lulu, tiba-tiba dia larikan diri. Kemudian aku
ternampak seoarng gadis membelai lulu. Aku tengok gadis tu comel. Jadi aku
beranikan diri menegur gadis tersebut. Gadis itu orang korea. Nasib baik aku
pandai cakap korea sikit-sikit. Namanya fa………. Ala, tak ingatlah pula. Tapi aku
cakap kat gadis tu yang kitorang akan jumpa lagi. Aku harap ianya jadi
kenyataan. Adakah aku ni masih mentah untuk cakap perkara ini? Aku rasa aku
sukakan gadis itu. Aku harap kita akan jumpa lagi.
Setelah selesai baca, fara merasakan
situasi itu ada kena mengena dengan dia “luhan? Anjing?”, kata fara cuba
mengingat.
Flashback
Fara
memerhati keindahan laut pulau jeju. Tiba-tiba, ada anjing mendekati fara. fara
mengusap anjing yang comel gebu itu. “lulu! Lulu!”, fara terdengar orang
seperti memanggil anjing tersebut. Munkin pemiliknya, fikir fara. “lulu! Kat
sini rupanya kau”, kata pemilik tersebut dalam bahasa cina. Sememangnya fara
tidak memahaminya. Kemudian pemiliknya memandang fara. dia teruja dengan kecomelan
fara. “ xie xie. Wo shi luhan”, katanya sambil tersenyum dan menghulurkan
tangan untuk bersalam. “anyonghaseyo.jonneun fara imnida”, kata fara menyambut
tangan luhan. Fara juga teruja dengan
kekacakan luhan dengan matamya yang bulat. “awak korea? Saya dari
Beijing. Saya boleh cakap korea sikit-sikit”, terang luhan. Fara hanya
mengangguk. Belum sempat fara ingin berkata, “luhan!luhan!”, “okay saya kena
pergi dulu. Saya harap kita boleh jumpa lagi”, kata luhan berlari membawa
anjingnya.
To Be Contined,,,,,
|
Owner
![]() Walkie Talkie
![]() My Status
♥ >> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am
♥ >> I Luv you!
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> Cinderella hilang kasut?
date: 1/1/2190
at: 13.12pm
History |

