Faraiyz's
The Promise (Final Chapter)
Friday, 16 August 2013 • 20:05 • 0 comments
continue from part 21-30,,,,

                                              The Promise ,,,,


Tahun baru. Fara membuka laptopnya. Dia ingin berskype bersama rakannya wafa dan exo. Dia amat merindui rakan-rakannya. Dia tersenyum apabila ternampak wafa sedang online. Dia menekan nama wafa,. Kemudian muncullah wafa dan exo di skrin laptop fara.

“fara~”, jerit kawan-kawannya semua. “hey!”, balas fara. “rindu kau!”, kata wafa. “wei, dah lama tak jumpa ni”, kata suho. “fara, kitorang still tak ada girlfriend lagi ini”, kata chanyeol. “fara, kau seorang je girlfriend kitorang!”, kata d.o. semua memberi jelingan maut kepada d.o. d.o. terus pandang ke bawah. “baekhyun kata, dia betul-betul rin………..”, belum sempat kai menghabiskan kata-katanya, baekhyun terus menumbuk perut kai.”woi, sakitlah!”, kata kai sambil memegang perutnya. “haha.. sehun tak cakap apa-apa?”, kata fara. “hmmmm.. aku”, kata sehun sambil menggosok belakang lehernya. “sehun jadi presiden persatuan pelajar tahun ini! Daebak kan?”, kata wafa gembira. Suho memberikan pandangan maut kepada sehun kerana wafa memuji sehun dengan gembiranya. “haha.. ye ke? Tak sangka”, kata fara. “ala~ ni semua sebab dia pandai math”, kata suho selamba. Semua exo memukul dan mengetuk suho. “haha.. suho jeles. Rugi aku tak ada kat sana”, kata fara.

“fara! siwon oppa balik tahun ini kan?”, Tanya wafa. Fara hanya diam. Dia dah lama tak fikir pasal siwon. “donghae oppa kata nanti kita semua jemput dia dekat Guangzhou airport”, kata wafa beria-ia. “haah. Kami semua ikut sekali. Wafa tanggung semua tiket penerbangan”, kata chanyeol. Wafa terus memukul kepala chanyeol. “siapa kata? Bayar sendirilah”, balas wafa. Semua gelak. “haah. Kitorang teringin nak tengok siwon tu depan mata”, kata baekhyun. “eh~”, semua memerli sambil mencucuk-cucuk badan baekhyun. Mereka pun terus berborak dan berborak.

Kemudian fara membuka emel. Ada emel dari siwon.
Hye fara. happy new year! Tak lama lagi oppa balik. Tak sabar nak jumpa fara. nak tengok muka fara. muka 18 tahun. haha. Fara sekarang mesti dah besar dan tinggi. Fara tunggu kepulangan oppa ye? Okay. Byebye.
Hari pertama persekolahan. Musim sejuk.  Fara sedang melihat namanya di papan kenyataan untuk mengetahui kelas mana yang dia akan duduki tahun ini. Setelah fara Nampak namanya, “hey, kita sekelas lagi tahun ini”, kata satu suara. Luhan. Luhan tiba-tiba berdiri sebelah fara sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket jaketnya, tanpa fara perasan.  Fara hanya diam sambil menutup separuh wajahnya dengan scarf kerana cuaca yang sejuk. “ha’ah ye”, balas fara perlahan.dan dia terus meninggalkan luhan di situ.

“hey luhan!”, semua rakan exonya terus mendapatkan luhan yang terpinga-pinga kerana ditinggalkan fara. “what’s up bro!”, kata kris. “kau kenapa?”, Tanya yixing yang perasan raut wajah luhan lain macam. “wei, kita berlima sekelas! Tapi luhan tak. Dia dengan fara”, kata tao selepas melihat senarai nama di papan kenyataan tersebut. “haish, sukalah tu”, kata xiumin sambil menyiku luhan. Luhan tersenyum paksa. Luhan gembira, tapi pada masa yang sama hatinya sakit. “dah-dah, jom lah masuk kelas”, ajak chen selaku presiden persatuan pelajar.

Sejak kejadian tahun lepas, fara mula mengelak dari luhan. Sebab dia tahu, luhan suka kepadanya dan dia juga sedar yang dia sukakan luhan. Sepanjang itu juga, setiap kali apabila nereka berdua, mereka tidak banyak bercakap. Suasana menjadi tegang. Lain pula apabila bersama exo, fara akan berlagak seperti tiada apa berlaku antara dia dan luhan. Luhan  juga perasan akan perbuatan fara. namun, dia juga seperti membantu fara dalam sandiwaranya itu.

Fara tiba di kelas barunya. Di melihat kelasnya sudah penuh. Kelihatan, hanya tinggal dua tempat  duduk sahaja yang kosong.”aku rasa dah awal dah aku datang hari ini”, keluhnya sambil menuju ke tempat duduk. Dia tidak memilih untuk duduk di tepi tingkap, kerana dia tahu itu tempat kegemaran luhan. Fara mula membuat persediaan untuk kelas pertama pada hari itu. “hey! Kita duduk sama lagi tahun ini”, tegur luhan, lalu mengambil tempat sebelahnya. Fara terkejut dan dia sedar yang jantungnya berdegup. Memang setiap kali bersama luhan, dia akan jadi begitu, terutamanya selepas membaca diari luhan. “ye…”, kata fara perlahan.luhan tersenyum walaupun hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut fara. 

Kemudian luhan terus meletakkan kepalanya di atas meja memandang ke tingkap seperti  biasa. Fara memandang luhan. Dia rasa serba salah kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar sehingga menyebabkan persahabatan mereka jadi begini.  Fara tahu semua itu salah dia. Tanpa dia perasan, air mata mengalir di wajahnya. “wei, cikgu dah masuk!”, jerit salah seorang rakan kelasnya. Luhan terus bangun dari tidurnya. Dia ternampak fara mengesat air matanya. tapi dia tak berani nak Tanya sebabnya.
Tahun ini adalah tahun senior fara  dan exo di sekolah. Masing-masing sibuk belajar untuk peperiksaan pertengahan tahun. Jika lalu di hadapan kelas mereka, semuanya senyap seperti tiada orang di dalam kelas tersebut. Hanya kendengaran bunyi pensel, tak tahulah kerana stress atau apa.

“ah~ penatnya”, kata fara sambil menggeliat. Dia melihat luhan di sebelahnya sudah lama membuta. Tambahan lagi, sekarang sudah waktu petang. Pelajar semua dikehendaki belajar sendiri. Fara terus meletakkan kepalanya di atas meja seperti luhan. Dia senyum memandang luhan sambil tangannya bermain dengan hujung rambut luhan. Fara  terkejut dengan perbuatannya, dia rasa tangannya bergerak dengan sendirinya. Kemudian fara mengambil keputusan untuk tidur memandangkan luhan juga sedang tidur.

Luhan dapat rasa ada orang bermain dengan rambutnya. Dia tahu itu adalah fara. luhan tersenyum. Di tunggu sehingga fara berhenti bermain rambutnya. Kemudian memalingkan wajahnya ke arah fara.kepalanya masih di atas meja.  dia tersenyum. Dia cuba menyisirkan rambut fara yang panjang itu belakang telinganya. Dia bersyukur kerana fara tidak sedar akan perbuatannya. Luhan hanya memandang wajah fara sambil berkata, “awak mesti dah tahukan siapa saya? Tapi saya masih tak faham kenapa awak cuba mengelak dari saya”. Luhan terus memejam matanya apabila badan fara mula bergerak. “sorry”, kata fara dalam hati. Fara sebenarnya masih belum tidur dan mendengar semua luahan luhan. Dia rasa sebak.

Waktu rehat. Exo berkumpul di tempat biasa mereka di taman. Yang sudah ada hanya kris, xiumin, tao dan tao. Kemudian, tiba-tiba yixing pun datang dengan mukanya yang pelik. “eh, yixing! Asal muka kau pelik je hari ini?”, Tanya tao. “aku pun sebenarnya perasan sejak kat kelas tadi”, kata kris. “kau sakit perut ke apa?”, Tanya xiumin. “luhan mana?”, Tanya yixing separuh berbisik. “dia belum sampai. Kenapa?”, Tanya chen. “wei, aku baru tahu”, kata yixing termengah-mengah seperti beria-ia nak cerita. “relax xing”, kata kris sambil mepuk belakang yixing. “malam tadi aku skype dengan cousin aku. Kenalkan? Girlfriend suho, kawan fara”, kata yixing. Mereka semua mengangguk walaupun mereka tidak pernah berjumpa wafa. “ dia cakap lepas exam pertengahan tahun ini, dia nak datang sini dengan exo yang lain”, kata yixing. “ye ke? Bestnya”, kata tao. “jap. Aku belum habis cakap lagi”, kata yixing. Tiba-tiba, “korang borak apa ni?”, kata luhan di belakang mereka. “eh,luhan. Mana fara?”, Tanya chen. “oh, dia kata, dia tak nak rehat dengan kita hari ini”,balas luhan dan terus mengambil tempat di sebelah yixing. “korang borak apa tadi?”, Tanya luhan lagi sekali. Muka yixing pucat. “yixing cakap cousin dia dengan exo yang lain nak datang sini lepas exam”, terang kris. “really? Bestnya”, kata luhan.

“tapi…. Xing kau kenapa? Okay tak?”, Tanya luhan. Yixing terus pandang ke wajah luhan denagan penuh serius sambil memegang bahu luhan. “luhan, aku tahu kau suka fara”, kata yixing. Luhan memandang pelik terhadap kerana dia tak faham apa yang cuba disampaikan oleh yixing. Yang lain juga turut memberi perhatian kepada yixing. “lu, kau dengar sini. Aku harap kau sabar”, kata yixing. “yixing! Apa kau nak cakap sebenarnya?!”, kata luhan meninggi.  “sebenarnya dorang semua nak datang sini sebab nak sambut kepulangan kekasih fara dari uk”, kata yixing. Yixing terus melepaskan bahu luhan. Luhan tergamam. Begitu juga exo yang lain. Sesungguhnya mereka tidak tahu, apatah lagi luhan yang memang rapat dengan fara. luhan terus bangun dan meninggalkan mereka. “luhan~”, jerit exo. Namun, luhan tidak mengendahkannya. Loceng berbunyi. “da. Jomlah masuk kelas”, kata chen sambil menepuk bahu yixing. Yixing juga rasa serba salah terhadap luhan.

Tiba di kelas. “hmm. Luhan best rehat tadi? Rugi saya tak ada”, kata fara. tapi luhan hanya senyap. Fara memandang luhan kerana dia tidak memberi respons. Tiba-tiba luhan memandang  fara. “fara! lepas exam kita pergi keluar nak? Please”, rayu luhan dengan muka comelnya. “oh, okay”, kata fara. fara juga sudah merancang yang dia akan memberitahu segala-galanya kepada luhan lepas exam. “thanks. Lagi 3 minggu tau”, kata luhan tersenyum,. Dia cuba menyembunyikan kesedihannya. “okay”, kata fara riang. luhan pelik dengan kelakuan fara yang tiba-tiba ceria setelah sekian lama. “adakah dia nak beritahu perkara sebenar hari itu?”, fikir luhan.
Hari tersebut telah tiba. Fara sudah lama siap. Jadi dia menuggu luhan di ruang tamu sambil menonton tv. ”ewah, adik oppa nak pergi mana lawa-lawa ni?”, kata hyunjoong dan terus duduk di sebelah fara. “lawa ke? Biasa je”, kata fara. “boleh lah lawanya. Macam nak pergi dating”, sakat hyunjoong. “oppa~”, balas fara sambil memukul hyunjoong dengan kusyen. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon. “itu luhan. Hish,adik oppa ni, tak payah sorok”, sakat hyunjoong lagi. “apa-apa lah. Pergi dulu oppa”, kata fara dan terus keluar dari rumah.

Fara terus masuk ke kereta luhan. “hye luhan!”, kata fara sambil memasang seatbelt. “taka pa, biar saya tolong”, pelawa luhan. Fara menepis tangan luhan. “tak apa, saya boleh buat sendiri”, kata fara sambil tersenyum. Hati luhan terluka apabila fara buat begitu kepadanya. “lu, jomlah”, kata fara kepada luhan yang termenung. Luhan terkejut. mereka pun pergi.

Mereka pergi ke amusement park. Mereka bermain pelbagai game. Mereka berjalan-jalan sambil makan aiskrim. Kemudian mereka melalui gerai permainan  yang menyediakan hadiah berupa patung beruang yang besar.  Luhan terus teringat masa mereka keluar untuk pertama kali dulu.

 “nak?”, Tanya luhan. “tak nak lah. Tengok je”, jawab fara. luhan terus mendapatkan beruang itu dan diberikan kepada fara. muka fara terkejut. Namun, beruang untuk cukup besar untuk menutup wajah fara. “luhan~ tak payah~”, kata fara. “terima kasih,encik. Datang lagi”, kata cashier tersebut kepda luhan.fara mengeluh kerana luhan telah membayarnya. “fara. awak Nampak jalan tak? Mari saya pimpin”, kata luhan peril. “Nampak lah”, jawab fara.

Luhan tersenyum. “fara, jom main game ini”, kata luhan sambil menarik tangan fara. “saya tak pandai”, kata fara. “bukan awak, saya je yang main”, kata luhan.  “selamat datang~”, pemilik gerai menegur mereka. Luhan dan fara hanya membalas dengan senyuman. “hmm. Saya nak main game ini. Saya nak hadiah yang itu”, kata luhan sambil menunjuk patung beruang tersebut. Fara memandang ke arah apa yang yang ditunjuk luhan. Dia terkejut. “dia nak kasi aku ke?”,kata fara sendirian. “oh~ untuk kekasih kamu ni ye?”, kata makcik pemilik gerai tersebut. Fara menggeleng.”eh…sa”, belum sempat fara menerangkan, luhan terus memeluk bahunya. “haah. Untuk kekasih saya”, kata luhan sambil tersenyum. “sweetnya kamu” kata makcik tu lagi. Luhan pun main. Fara hanya melihat sahaja luhan. Luhan main dengan penuh bersungguh-sungguh.  “yeah!!”, jerit luhan kerana dia telah berjaya. Fara terkejut daripada lamunannya. “nah~ tahniah. Hebat boyfriend kamu ni”, puji makcik sambil menyerahkan patung itu kepada fara.  “terima kasih makcik”, kata luhan. Fara menunduk hormat. Mereka berlalu meninggalkan gerai itu.

“luhan”, panggil fara kerana luhan tiba-tiba berjalan laju. “haha. Nampak jalan tak?”, Tanya luhan. “nasib baik bear ni tak sebesar lulu”, kata fara sambil berjalan membawa bear tersebut. “hmm. Hari pun dah lewat. Saya nak bawa awak ke satu tempat”, kata luhan. “ke mana?”, Tanya fara. “adalah”, balas luhan.
Mereka tiba di sebuah  taman yang berhadapan dengan tasik. Cahaya bulan pada malam itu terang dan cantik. Mereka duduk di bangku yang berhadapan dengan tasik. “kenapa awak bawa saya ke sini?”, Tanya fara. “saya tahu, ada benda yang awak nak beritahu saya”, kata luhan. Kemudian fara mengeluakan sesuatu dari beg tangannya. “nah luhan”, kata fara sambil menyerahkan diari dan sapu tangan kepada luhan. Luhan menerima diari itu. “tapi kenapa handkerchief ni pun awak pulangkan?”, kata luhan dan menyerahkan kembali sapu tangan itu kepada fara. “saya tak layak menerimanya luhan”, kata fara. “kenapa?”, Tanya luhan seperti cuba mengorek rahsia yang disimpan fara. “saya tahu awak sukakan saya, sebab tu saya cuba mengelak daripada awak”, kata fara perlahan. Dia cuba menahan daripada menangis. “tapi kenapa? Kenapa awak tak boleh terima saya?”, kata luhan. “sebab saya dah ada orang lain!”, kata fara.meninggi. kali ini air matanya terus merembes keluar.

“siapa? Dan betulkah awak masih sukakan dia walaupun dah 4 tahun terpisah?”, Tanya luhan. Fara terkejut dengan apa yang dikatakan luhan. “mana awak tahu?”, Tanya fara. “awak tak perlu tahu”, kata luhan. Kemudian dia mendekati fara  dan mengesat air matanya menggunakan ibu jarinya. Kemudian tiba-tiba fara memeluk luhan. “luhan~ saya sukakan awak. Tapi saya tak boleh terima awak. Sorry”, kata fara dalam dakapan luhan. Kemudian luhan meleraikan pelukan fara.

“kenapa? Saya tak tahu kenapa saya jadi gila macam ni sebab awak”, kata luhan seperti marah.”saya tak boleh melihat orang saya cinta bersama orang lain. Jadi saya dah buat keputusan”, kata luhan. Fara terus memandang luhan apabila dengar luhan kata begitu. “saya sebenarnya dah buat persediaan untuk bertukar sekolah ke kanada di tempat ibu bapa saya tinggal sekarang”, kata luhan. “luhan”, kata fara. “ kalau awak rasa hati awak boleh berubah dan terima saya, tahanlah saya dari pergi. penerbangan saya hujung minggu ini”, kata luhan .”hujung minggu?”, fikir fara. “saya tahu, kekasih awak pun pulang hujung minggu ini kan?”, kata luhan. Kemudian fara terus terduduk , “luhan!kenapa awak buat saya macam ini?! saya tak nak berpisah dengan awak. Takkan disebabkan dia, awak nak tinggalkan saya. Kenapa semua orang buat saya jadi macam ini?!”, kata fara lagi. Luhan terus memeluk fara. fara menangis dengan esaknya. Sapu tangan tersebut digenggam erat.
Fara bangun dari tidur. sapu tangan tersebut masih di dalam genggamannya. Di kanan kirinya terdapat patung beruang pemberian luhan. Dia tersenyum. Dia terus memeluk beruang yang bernama lulu. “lulu~. Yang ni nak bagi nama apa ye? Hmmmmmmm.. ha! Xiao lu! Comel nama itu! Luhan,lulu, xiao lu”, kata fara riang. dia terus memeluk xiao lu dan terus pergi ke cermin. “omg. Mata aku”, keluh fara apabila matanya jadi sebam  kerana menangis semalam.  “nasib baik masa balik semalam, semua orang dah tidur. kalau tak, semua sibuk nak Tanya. Lagi-lagi hyunjoong oppa”, kata fara. semalam fara pulang dihantar oleh luhan.

Flashback..
Mereka tiba di rumah fara. “thanks luhan and sorry”, kata fara perlahan. “awak sepatutnya tak payah hantar saya balik”, kata fara. “tak apalah. Takkanlah nak tinggalkan awak sorang-sorang kat sana pulak. Dah, pergilah masuk. nah~ bawa bear ni sekali. Jangan lupa kasi nama tau”, kata luhan. Kemudian fara keluar dari kereta dan berdiri di sebelah pintu kereta luhan. “masuklah dulu. Tak payah tunggu saya pergi. Awak tu perempuan. Ok. Good night”, kata luhan. Selepas fara tiba di depan pintu ruma, barulah luhan pergi.
End of flashback

“hish. Masalah betullah! Kenapalah jadi macam ini? Siwon, luhan, siwon, luhan.. ishh……. Argh”, jerit fara meronta-ronta di atas katil.”fara okay tak?!”, Tanya hyunjoong yang  tiba-tiba masuk. fara terus terduduk. “oppa, lain kali nak masuk, ketuk dulu, faham”, kata fara. “kalau dah fara terjerit-jerit macam orang gila, takkanlah oppa nak ketuk dulu. Betul tak?haha”, kata hyunjoong.fara terus membaling bantal tepat ke muka hyunjoong. “wek~”, sakat fara kepada hyunjoong. Fara terus lari masuk ke toilet untuk mandi.”oppa jangan jadi pervert ye? Haha”, kata fara dari bilik mandi. “oh, nantilah~ “, kata hyunjoong lalu meninggalkan bilik tersebut.
“minggu ini, sekolah cuti seminggu! Yeah! Tak payahlah aku berhadapan dengan luhan. Tapi betul ke dia nak pergi kanada? Agak lah. Kenapa dia tak ikut je parents dia pergi kanada tahun ini. Sebab aku ke? Tak payah nak perasanlah fara oi”, katanya sambil bermain dengan lulu dan xiao lu di atas katil.

“fara! mari sarapan~”, jerit puan kim. Fara bangun dari katil. Dia terus buka pintu, “ouch!”, fara terlanggar hyunjoong yang tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya. “oppa! Kenapa oppa tiba-tiba kat sini?”, Tanya fara sambil menggosok dahinya. “nak panggil fara turun sarapanlah”, balas hyunjoong.”la. tadi kan ibu dah panggil”, kata fara. “mana tahu, fara pekak”,kata hyunjoong. “oppa!”, kata fara sambil memukul tangan hyunjoong. “dah. Jom turun”, ajak hyunjoong sambil memeluk bahu fara.

“morning!”,kata fara. “morning fara”, kata ibu dan ayah fara serentak. Fara dan  “fara, minggu ini, siwon balik kan? encik dan puan choi beritahu ibu semalam”, kata ibunya. Fara mengangguk. “tapi masa siwon sampai sini ibu dan ayah tak ada. Parents siwon pun tak ikut sekali. Jadi mereka suruh kita tumpangkan siwon di rumah kita sementara”,kata ayah. Air yang diminum fara terus merembes keluar dari mulutnya. “fara, okay tak?”, Tanya ibu. “okay ibu”, balas fara. “nanti hyunjoong temankan fara ambil siwon kat airpot ye?”, kata ayah.  hyunjoong mengangguk.“tapi kan ayah, siapa siwon itu. Saya macam pernah dengar nama itu”,Tanya hyunjoong.”dia itu jiran kami masa tinggal kat korea dulu”, kata ayah. “oh~”, balas hyunjoong.

Selesai sarapan, fara dan hyunjoong mengemas dapur. Fara membasuh pinggan mangkuk. Kemudian hyunjoong datang dekat.”siapa siwon sebenarnya?”, Tanya hyunjoong. “jiran”, jawab fara selamba. “tapi, kenapa tadi masa ibu cakap siwon nak tinggal kat rumah kita, air terpancut keluar dari mulut fara?haha”, kata hyunjoong. “sebab… sebab, ye lah dia kan lelaki, lepas itu dah lama tak jumpa, tiba-tiba nak duduk sini pula”, kata fara yakin. “oh~ ke ada sebab lain? Ish. Tak tak. Fara kan ada luhan”, kata hyunjoong.  “fara dah siap basuh, naik dulu”, katanya dan terus tinggalkan hyunjoong di dapur.Fara cepat-cepat masuk ke bilik dan terus berdiri di pintu. “huh~ nasib baik tak kantoi”,kata fara sambil memegang dadanya.

Fara masih di atas katilnya. Rasa malas sangat nak bangun. “hari ini siwon oppa balik, luhan pula nak pergi. Tapi luhan kata, kalau aku sempat tahan dia tak jadi pergi. Sekarang dah pukul berapa ye?”, kata fara. mata dia membesar apabila melihat jam. “10?! Luhan pergi pukul 12! Sempat ke?”, fara terus bangun dan pergi ke bilik mandi. “fa… eh, mana budak ini? Oh, mandi kot”, kata hyunjoong yang baru masuk ke dalam bilik fara. dia pun masih belum mandi lagi. Saja je nak takutkan adiknya.

“oppa! Lajulah sikit bawak kereta ni!”, kata fara. “fara ingat airport tu dekat? Dah laju dah ni. Kita kena jadi pemandu yang berhemah”, bebel hyunjoong. “ish, oppa ni! Bebel je”, kata fara sambil melihat jam.  11.45. “oppa~ cepatlah.”, rayu fara. “siwon sampai pukul 12 kan? dah nak sampai ni”, kata hyunjoong.

Tiba di pintu airport, fara terus berlari keluar dari kereta. “fara!”, jerit hyunjoong. “apa kena dengan budak ni?”, omel hyunjoong sendirian dan pergi mencari parking. Fara pada masa yang sama, matanya meliar mencari luhan. Dia lihat masa penerbangan ke kanada tinggal beberapa minit sahaja lagi. Fara berlari-lari mencari luhan. Dia tak kisah orang pandang pelik terhadapnya. Asalkan dia dapat menahan luhan daripada tinggalkan dia. Tiba-tiba terdengar pengumuman penerbangan ke kanada akan berlepas tidak lama lagi. Fara sudah mula merasa cemas.matanya masih lagi meliar mencari luhan.

Luhan pada masa yang sama masih menanti kehadiran fara. “adakah dia tak datang”, katanya sendirian. Tiba-tiba terdengar pengumuman penerbangannya akan berlepas sebentar lagi.  “mungkin dai tak datang”, kata luhan. Dia terus bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan perlahan-lahan.dia harap ada keajaiban. “luhan!”,satu suara memanggilnya. Dia amat kenal suara itu. Dia tersenyum.

Sebelum sempat dia memalingkan wajahnya kea rah fara, “fara!”, satu suara lain kedengaran. Fara yang termengah-mengah, matanya terus membulat. Suara yang dirinduinya. Dia memalingkan wajah ke arah suara tersebut. “oppa”, mulutnya sahaja yang bergerak tanpa mengeluarkan suara. Siwon sekaramg betul-betul berdiri di hadapan fara. fara hanya tercengang.siwon pula senyum lebar kepada fara. kemudian fara terus memeluk siwon dan terus menangis di dalam dakapan siwon. Siwon masih terlalu tinggi untuk fara.

Kejadian itu semua berlaku di depan mata luhan. Luhan seperti tidak boleh menerima takdir yang fara akan memilih siwon juga. kemudian luhan membuat keputusan untuk  meneruskan niatnya untuk ke kanada. Sebelum sempat dia mengatur langkah. “luhan!”

“luhan!”, jerit fara. luhan tak sanggup memandang suara tersebut. Kemudian dia rasa ada orang memeluk pinggangnya. “luhan, jangan pergi ye?”, pujuk fara. “demi kami semua,awak jangan pergi ye?”, kata fara lagi. “kami semua?”, Tanya luhan. “tengok belakang”, kata fara. lalu luhan pun memusingkan badannya. Semua kawan-kawan exo yang amat dirinduinya ada di situ.

“luhan~”, semua exo dari korea memanggil sambil melambai ke arah luhan. Mereka semua terus berlari mendapatkan luhan.”luhan. dah lama tak jumpa”, kata suho. “serius rindu”, kata chanyeol. “lulu~”, kata d.o dan kai manja. “luhan!”, kata sehun lalu memeluk luhan erat. Mereka berdua memang rapat masa sekolah dulu. “luhan~ kau pun suka fara?”, Tanya baekhyun sambil peluk. “sempat lagi dia Tanya”, sakat d.o.  fara yang berada di situ senyum mendengar pertanyaan baekhyun.

Kemudian exo yang lain juga mendekati mereka. “wei, luhan! Kau tak cakap pun nak pindah kan?” , kata kris seperti marah, tapi dia juga turut memeluk luhan. “janganlah marah dia”, kata chen pula. Kemudian suho ternampak wafa menyilangkan tangannya dengan tangan yixing.  “yixing! Kita baru jumpa hari ini”, kata suho dalam nada marah. “suho, jangan marah, girlfriend kau ni cousin yixing”, kata xiumin. “haah, oppa. Sorry nak beritahu. Yixing ni cousin saya. Kan?”, katanya sambil memandang wajah yixing lalu dia mencium pipi yixing. Muka yixing jadi merah. “tapi…..!”, kata suho setelah melihat perbuatan wafa. “oppa, saya Cuma rindukan xing xing~”, kata wafa lagi sambil mengeratkan lagi silangan tangannya.  “relax lah bro!”, kata tao. Fara juga menepuk bahu suho.

“ni kenapa ni kecoh-kecoh?”, donghae dan siwon datang mendekati mereka. Siwon terus berdiri di sebelah fara dan memeluk bahunya. Luhan di sebelah fara. siwon senyun kepada luhan. Luhan hanya menunduk hormat. Kemudian luhan dapat rasakan tangannya digenggam seseorang. Tangan fara. fara tersenyum kepada luhan. “oh~ aku tahu kenapa. Hehe.. siwon, ni cousin aku”, kata donghae memperkenalkan yixing. Yixing menunduk hormat kepada siwon.  “wah! Handsomelah cousin kau. Boleh jadi adik ipar kau”, sakat siwon. Semua orang gelak besar mendengar kata siwon. Suho sahaja yang panas.

“hmmm. Fara ada kat sini?”, satu suara bertanya. Fara terus melepaskan dirinya daripada siwon dan luhan. Dia mendapatkan hyunjoong. “oppa~ kenalkan ni siwon oppa, donghae oppa dan kawan- kawan fara”, kata fara memperkenalkan.  hyunjoong , donghae dan siwon tergamam. Mereka yang lain pelik. “hey siwon! Dah lama tak jumpa. Donghae-ah, makin handsome kau”, kata hyunjoong ambil berpelukan dengan siwon dan donghae. “oppa kenal dorang?”, Tanya fara. “mestilah! Kawan time sekolah tinggi dulu. Patutlah macam pernah dengar nama siwon yang fara sebut-sebut. Rupa-rupanya kau!”, kata hyunjoong terlalu gembira. “wei, nama aku dia tak sebut ke?”, Tanya donghae. Semua orang gelak. “tapi kan, sejak bila kau jadi abang fara?”, Tanya donghae. “ haahlah. Sepanjang aku berjiran dengan fara, tak tau pula dia ada abang”, kata siwon pula. “hahaha.. nantilah kita cerita ye? Jap, aku tak fahamlah apa hubungan kau dengan adik aku”, kata hyunjoong. “siwon terus memeluk fara, “aku ni boyfriend dia”, kata siwon bangga. “ye ke? Fara, habis itu luhan?”, Tanya hyunjoong. luhan terus pergi mendekati fara dan memegang tangannya. “saya pun boyfriend dia.”, kata luhan. “saya pun boyfriend dia!”, kata baekhyun tiba-tiba sambil mengangkat tangan. Baekhyun juga mendekati fara. “amboi! Asal banyak sangat ni? Pandai-pandailah korang nak rebut. Aku tak kisah”, kata hyunjoong selamba. “oppa~”, kata fara yang sudah mula rimas kerana siwon,luhan dan baekhyun sudah bermain mata antara satu sama lain.

“eh, fara! bukan kau sorang je ada tiga boyfriend. Aku pun.”, kata wafa. “ha?”, semua memberi respons. “suho,yixing dan sehun~”, katanya berdiri di antara mereka bertiga. Suho amat marah. Semua orang gelak. “. Aku dah tak tahu apa dah jadi dekat adik aku ni. Haish. Okaylah, dah alang-alang semua orang ada di sin,i mari kita ambil gambar”, ajak donghae. “tapi hyung, siapa nak ambil gambar?” Tanya yixing dalam bahasa korea. Kemudian donghae mendapatkan seseorang untuk mengambil mereka. Semua orang mengambil posisi masing-masing.

“okay, semua orang dah ready? 1,2,3. CLICK!



                        -THE END-

That's all from me,,,,thanks for reading,,,hope you'll like it and enjoyed my fanfic,,,,
                THANK YOU,,,KAMSAHAMNIDA,,,,

        


PASTFUTURE
Owner
[PUT YOUR OWN]

Walkie Talkie


" [YOUR CBOX CODES] "

My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>> I Luv you!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Cinderella hilang kasut?
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • The Promise (21-30)
  • The Promise (11-20)
  • Fanfic Da Bestt!!!
  • Ramadhan AL-Mubarak,,,
  • first sem!!
  • seronok!!
  • Selamat Datang!!
  • 5 days to go :-#
  • scared:-S
  • salam,,,